Saturday, February 25, 2012

~Perubatan III ----> Low Back Pain ~


Sakit pinggang (low back pain/LBP).

Penyebab sakit di bahagian belakang

Disebabkan oleh otot yang lemah,otot yang tegang atau kaku,urat belakang yang tergeliat, otot yang terkoyak atau juga disebabkan sakit sendi yang mengakibatkan anda rasa sakit di bahagian punggung,kebas kaki,rasa digigit semut di kaki akibat rangsangan saraf dari saraf tunjang.


Terutama melibatkan waktu berdiri dan duduk yang agak lama.Kadang-kadang sakit belakang juga adalah kerana tanda- tanda ada masalah arthritis,ulser atau masalah sakit buah pinggang,mengandung atau masalah yang berkaitan genetik atau kecederaan fizikal di bahagian belakang akibat kecederaan.


Simptom sakit belakang

Sakit di bahagian belakang selalunya sakit di bahagian bawah belakang anda dan boleh merebak ke bahagian lain iaitu kaki.Bahagian yang sakit akan merasa sensitif apabila disentuh dan akan berasa lebih sakit apabila anda bergerak.Rasa sakit boleh dirasai seperti pisau yang tajam menikam atau rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian otot belakang.

sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, kemungkinan besar mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.

Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.

Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok



Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.

Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang...Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat.

Friday, February 24, 2012

~Pintu Taubat~

Tersadar ku dari hirauku
Bersujud memohon ampunan
Atas segala dosa-dosaku
Yang telah gelapkan hatiku
Kebesaran-Mu ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

Entah kapan ajal menjemputku
Mungkin esok hanya Kau yang tahu
Mungkin usiaku tak cukup lagi
Untuk hapuskan segala dosaku

Kebesaranmu ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

Aku hina dan tak pantas memohon ampunan
Tapi hanya Engkau tempatku untuk meminta ooh

Kebesaranmu ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah ampunkan semua dosaku

~Perubatan II ---> Tentang Telinga~

Pengenalan

Telinga berair paling kerap berkaitan dengan jangkitan. Lelehan yang normal mungkin terdiri daripada tahi telinga atau air. Tahi telinga adalah berwarna perang muda, perang, perang tua atau jingga.

Sebab-sebab utama telinga berair ialah jangkitan dengan cecair keruh atau nanah melalui gegendang telinga yang pecah atau berlubang

Sebab-sebab utama telinga berair :

  1. “Swimmers ear” - biasa berlaku pada perenang-perenang dan menunjukkan gejala kegatalan, bersisik, kemerahan dan kelembapan saluran telinga.
  2. Jangkitan;
    • “otitis externa” (telinga luar dan cuping telinga)
    • “otitis media” (rongga telinga tengah)
    • “mastoiditis” (rongga-rongga mastoid)
  3. Kecederaan daripada hentakan pada kepala, objek asing, bunyi yang terlalu bising, atau perubahan tekanan yang mengejut (seperti di dalam kapalterbang), mengakibatkan gegendang telinga pecah atau berlubang.
  4. “Eczema” dan lain-lain radang kulit pada saluran telinga boleh menyebabkan pendarahan.
  5. Cholesteatoma
  6. Tumor (ketumbuhan).

Tanda dan Gejala

Sifat-sifat lelehan memberi petunjuk kepada punca-punca telinga terbabit. Biasanya pesakit mengadu kurang pendengaran dan kesakitan. Pesakit selalunya mengadu sakit sekiranya berlaku jangkitan pada telinga luar (cuping telinga dan saluran telinga).

Tanda-tanda

Sifat-sifat lelehan

Penyakit telinga

Berair

  • “Eczema”

Nanah

  • “Otitis Externa” akut

“Mucopus” / Darah

  • “Otitis media” supuratif akut
  • “Otitis media” supuratif kronik
  • Tumur

Berbau busuk

  • “Otitis media” supuratif kronik beserta
  • “Cholestetoma”

Pada penyakit “otits externa” akut ; saluran telinga tersumbat akibat daripada kebengkakkan. Manipulasi pada cuping telinga menyebabkan kesakitan dan kunyahan biasanya menyebabkan ketidakselesaan. Kesakitan itu biasanya berdenyut-denyut dan kekal sehingga jangkitan dapat dikawal.


Kedua-dua penyakit “otitis media” akut ( jangkitan kurang dari 4 minggu ) dan kronik ( jangkitan melebihi 12 minggu ) ialah penyakit lapisan mukosa telinga tengah dan biasanya berkaitan dengan gegendang telinga berlubang. Gegendang telinga biasanya sembuh dengan cepat pada jangkitan yang akut, tetapi jika jangkitan berterusan dan gegendang telinga tidak sembuh, lelehan telinga yang berterusan atau berulang-ulang mungkin berlaku. “Otitis media” kronik dengan “cholesteatoma” boleh menyebabkan komplikasi serius, menghakis struktur telinga tengah atau tulang. Kesakitan biasanya tidak kerap dan biasanya berkaitan dengan lelehan yang berbau busuk.


Tumor yang melibatkan cuping telinga dan saluran telinga adalah jarang berlaku. Tumor yang melibatkan telinga tengah biasanya berkaitan dengan lelehan, kesakitan telinga yang berterusan dan kelumpuhan otot muka


Komplikasi

Komplikasi-komplikasi adalah biasa dilihat pada lelehan telinga kronik atau berkaitan dengan “cholesteatoma”. Contoh :

  • Otak bernanah (nanah terkumpul di pangkal tengkorak / otak).Menyebabkan sakit kepala, pening, kebingungan, tidak sedar diri atau kelumpuhan.
  • “Labyrinthitis” ( jangkitan pada organ keseimbangan & pendengaran ) menyebabkan loya, muntah, pening dan kepekakkan.
  • Kelumpuhan otot muka menyebabkan muka menjadi senget
  • Tulang Mastoid bernanah (nanah terkumpul di dalam rongga-rongga tulang mastoid) - kesakitan dan kebengkakan di belakang telinga

Rawatan

Rawatan awal telinga yang berair ialah pencucian.

  • Dalam keadaan “eczema” ; aplikasi setempat krim hydrocortisone 1% diperlukan
  • “Furunculosis” (nanah terkumpul setempat) di dalam saluran telinga memerlukan bius setempat dan penyaliran.
  • Dalam jangkitan akut, antibiotik dan ubat tahan sakit diperlukan
  • Dalam “otitis media” supuratif akut, kombinasi antibiotik setempat dan ubat titik mata steroid akan mengeringkan kebanyakan lelehan telinga.

Pembedahan disarankan :

  • lelehan telinga berulang
  • seorang perenang
  • untuk memperbaiki tahap pendengaran.

Penyakit “Otitis media” supuratif kronik, adalah merbahaya oleh itu pembedahan disarankan.

Perawatan penyakit dengan mengekalkan status pendengaran melibatkan pembedahan tulang mastoid dan telinga tengah (mastoidectomy).

Sesetengah tumor mungkin tidak boleh dirawat disebabkan metastasis sistemik (perebakan) atau tahap kesihatan yang teruk. Rawatan yang paling berkesan ialah pembedahan dan radioterapi selepas pembedahan.

Pencegahan

Pencegahan penyakit yang berulang adalah tidak mudah, pesakit dinasihati menjaga telinga supaya sentiasa kering;

  • Mandi : gunakan kapas yang disapu dengan Vaseline dan diletakkan di dalam telinga
  • Berenang - gunakan penutup telinga silikon

Thursday, February 23, 2012

~Hargai Nikmat Sihat~

Assalamualaikum..

Sejak akhir2 asyik ni sering dihambat kepenatan
seolah-olah bekerja keras seharian..
Ya Allah sesungguhnya aku amat mghargai nikmat sihat itu~
nk update, tp x brape nk larat..
InsyaAllah dlm waktu terdekat...

Tuesday, February 21, 2012

~Rahmat disebalik ujian~

Assalamualaikum,

di dalam surah Al-ma'aarij ayat ke 19 Allah berfirman,

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.

Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, (Al-ma'aarij ayat ke 20)

dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, (Al-ma'aarij ayat ke 21)

Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.(Al-ma'aarij ayat ke 5)

fitrah manusia diciptakan Allah yang sentiasa berkeluh kesah dalam segala hal urusan keduniaan, jadi manusia itu haruslah sentiasa memperingati selalu akan ingatan Allah bahawa mereka boleh tenang jika mereka itu sentiasa berdoa dan beriman pada jalanNya.

1. Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

2. Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) (al-Zumar:3).

3. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).

juga hadis Nabi ada memperingatkan kita supaya sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah azza wa jalla dalam kehidupan kita semasa di dunia

1. "Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

2. Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

3. Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).


maka jelas lah disini ayat al-quran serta hadis baginda yang memperingatkan kita semua supaya sentiasa memohon doa dalam kala kita kesedihan, kesengsaraan, kedampaan, dan macam-macam lagi.

tidak hairanlah kita semua ditimpa kesusahan atau kepayahan,

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).

Allah azza wa jalla tidak pernah melupakan hambaNya yang ditimpa kesusahan di dunia, bagi mereka yang beriman Allah akan menjanjikan syurga pada mereka. ini sungguh jelas lagi yakin kerana dalam sabda Nabi SAW berbunyi

Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)”(Riwayat Muslim).


jadi sama-samalah berdoa kepada Allah dalam keadaan kita yakin

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”.
(Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).
kita dalam hidup kadangkala ada kesedihan dan dugaan bermacam-macam, tetapi kita sebagai hamba Allah yang mengakui diri kita beriman hendaklah yakin akan balasan ALlah kepada orang-orang beriman/mukmin seperti orang-orang yang terdahulu.

Apa lah sangat jika nak di bandingkan syurga dengan dunia, paling-paling hidup di dunia sektar dalam 60-70 ke atas jadi kita jangan sia-siakan hidup kita dalam keadaan sedih yang melarat hingga lalai akan tugasan kita sebagai hambaNya.

kita boleh lihat sejarah hidup Nabi Musa yang terkenal dengan dugaannya hingga umurnya 40 tahun baru doanya di kabulkan oleh Allah, dalam keperitan hidup baginda tidak pernah berputus-putus untuk berdoa kepada Allah.

Al-Quran menceritakan kejadian ini: (maksudnya)
“Dan setelah dia (Musa a.s.) menuju ke negeri Madyan, dia berdoa “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan kepadaku jalan yang betul”. Dan ketika dia sampai di telaga air Madyan, dia dapati di situ sekumpulan lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan dia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “. (Surah al-Qasas 22-23).

Oleh itu, dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

~Perjuanganku~

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selawat dan salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat..
Syukur krn masih mampu bangun dgn Nikmat IMAN dan Islam..

kadang terfikir andai esok, mampukah lg utk bangun dalam keadaan sihat wala'fiat
memperjuangkn satu2nya agama yg kekal dunia akhirat,
mampukah lg utk aku bersujud mohon keampunan utk diri dan umat islam
mampukah lg utk aku memerah keringat membantu ibu-bapaku dirumah
mampukah lg utk aku mengukir senyuman bersama shbt2 perjuangan
mampukah lg utk aku membimbing sahabat2 yg seperti ku ikrar dulu..

Ya Allah, berikan kesempatan
moga jln yg aku lalui ini jalan yg benar
jalan yg kau pilih utk aku
jalan yg penuh liku dan onak duri
jalan yg beribu batu jauhnya

namun aku redha ya Allah
kdg tiada daya aku utk aku melangkah
kau dtg memapah ku dgn lembut
takdir yg Engkau tentukan bgku
bukan mudah utk aku harung..
aku rasa bagaimana ditusuk dr hadapan
aku rasa bagaimana rasanya ditusuk dr belakang
aku juga rasa bagaimana rasanya ditusuk bertalu-talu..
namun, luahanku hanya padaMU ya Rabb..

Kau sajalah temukan aku penawar
Kau lah juga yg membalut luka2 ku
Hanya kaulah yg mendengar esak tangisanku
Dan tidak lain, tidak bukan engkaulah yg memujuk hatiku
Ya Allah, apa yg aku rasa tidak sebesar pejuang2 yg syahid di medan perang
Dan aku mohon engkau kukuhkn kakiku di Medan ini..

amiin..