Monday, November 15, 2010

~RINDU~

Syukur ke hadrat Allah
masih bernyawa lagi diri ini dengan nikmat Islam dan Iman..
telah lama dibiarkan blog ini..
Alhamdulillah tamat sudah semester dua pengajianku di Uitm
bila diingatkan cepat sungguh masa berlalu..
sudah setahun diri ini menetap di UITM
rasa mcm baru semalam diri ini menghadapi minggu orientasi..
Masa yg berlalu begitu pantas mengajarku erti kehidupan..


Rindu~ pendek shj tajuk post ku ini..
akhir2 ini rasa rindu terlalu menusuk segenap perasaan,
mmbuatkan perasaan sayup yg jrg2 kali bertamu di hati
memintas semua perasaan yg ada..
Sungguh aku rindu..
Rindu padaMU Ya ALLAH pencipta ku dan Rasulmu..
Dengan ketibaan Aidiladha yg bakal menjelang lusa
dgn saluran televisyen menayangkan Umat Islam seluruh dunia
menunaikan rukun Islam yg kelima...
menguatkan lg perasaan rindu aku pada tanah suciMU...
Ya ALLAH seandainya aku berkemampuan,
ingin sekali ku menunaikan haji pada usia muda..
dan jika boleh ingin shaja aku menetap di sana..
Aku rindu ya Allah pada pandangan ke kaabah
aku rindu pada suasana disana..
jika disini manusia sibuk dgn urusan kerja,
disana manusia sibuk dgn urusan beribadah..
jika disini manusia sibuk mencari ganjaran wang,
disana manusia sibuk mencari ganjaran pahala..
Mengimbas kembali ketibaan ku ditanah suci Mei lalu mmbawa sejuta pengertian...


Madinah..berpeluang menziarahi makam Rasulullah S.A.W, pejuang2 jihad yg gugur di medan perang,
melenturkan hati yg keras ini..
Air mata yg jrg2 sekali mengalir ini jatuh jg disaat dahiku sujud di Multazam..
Umat Islam berebut2 mncari redhaMU,berebut akan pahalaMU, menangisi semua yg pernh berlaku..Ya ALLAH aku mulai sedar hidupku ini hanya sementara..
Kau sedarkan aku dikala aku lena dlm dakapan dunia...
Sempurna sungguh rancangan yg diaturkanMU ya ALLAH..


Mekah..ketibaan kami pd malam Jumaat mybbkan bas kami tdk dpt bergerak masuk ke kwsn hotel..Umat Islam Yg berpusu Ke Masjid tidak melepaskan peluang untuk mendptkan ganjaran pahala yg berlipat ganda di Masjidil Haram..
Lantas kami berjalan kaki ke hotel dan menunaikan umrah lebih kurg pada puku 1 pagi..
Namun Umat manusia masih tidak putus2 betali arus ke dlm Masjid..
Saat itu Ya ALLAH sungguh aku kagum akan kebesaranMU...
Berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjidilharam,mmg satu pengalaman yg tidak dpt aku lupakan.. kwsan dalam masjidil Haram dipenuhi oleh Umat Islam seawal 10.30 pagi sedgkn solat Jumaat pd pukul 12.30 tgh hari..
Sungguh hatiku terusik sekali lg..


Ya ALLAH pemilik seluruh alam
Aku bersyukur krn berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suciMU itu
Aku bersyukur Ya ALLAH..
Kau perkenankan doaku satu-persatu..
Tiada kata yg mampu aku ungkap menerima kasih sygMU dikala aku amat2 memerlukannya
Ya ALLAH kau percaya aku disaat aku tidak percaya akan diriku sendiri
Kau tamatkan pencarianku dgn menunjukkan ku jalan yg benar...
dikala aku buntu mencari jwpn,
kau kurniakan aku insan2 yg membantu aku mencari redhaMU...
Kau berikan aku kekuatan disaat aku jatuh terkulai tanpa harapan..
kau isi hatiku yg kosong dengan ajaran AL-Quran
Ya ALLAH terima kasih atas Hidayah yg Kau beri padaKU
Aku mohon Ya ALLAH jgnlah kau palingkan hati ini drpadaMU walau sesaat pun..
Kau ampunilah dosa-dosaku sjk aku membuka mata utuk melihat dunia sehingga aku menutup mata meninggalkan dunia yg hanya sementara..
Semoga Aidiladha ini memberi aku sinar baru dlm menjalani hidup sebagai Insan yg berjuang semata-mata mgharapkan redhaMU..




~Sesungguhnya Aku Ingin Ke SyurgaMU~