Saturday, August 11, 2012

~MUHASABAH~



Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Semoga kita terus saling bertemu dalam doa-doa rabithah kita saban pagi dan petang.
Sejujurnya hati ini sangat rindu pada kalian, namun menantikan batas waktu untuk bersua dan menjalin ukhwah ketika medan bergelut ini begitu menggamit sekali. Afwan ya sahibah fillah, semoga segala pelukan hangat kasih sayang terbina di atas jalan dakwah ini.

Hari ini ana mahu berkongsi sepotong ayat dari al Quran, buat tatapan kita bersama-sama.
“Barangsiapa menghendaki keuntungan akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya(keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat.” (As Syura: 20)

Allahuakbar. Susah bukan untuk benar-benar menghidupkan hakikat ini didalam hati? Terutama dalam waktu-waktu sukar dan jerih. Kadang-kadang kita tidak mampu untuk menolak fitrah bahawa kita tetap juga merasa sukar meskipun kita telah berusaha mengatasinya. Bukanlah kita manusia kalau kehidupan kita sempurna saja. Perlu ada jatuh bangunnya, perlu ada tawa dan tangisnya, perlu ada exam dan resultnya. Itulah kehidupan dunia. Semalam menangis, hari ini mungkin ketawa.





Kadang-kadang insensitivity dan inability to response correctly kepada nikmat-nikmat dari Allah menyebabkan kita merasakan bahawa kesusahan yang kita dapat itu lebih besar daripada kesenangan yang sedia ada. Lantas kita mula berkira-kira air-air mata yang kita titiskan seolah-olah Allah tidak mendengar doa kita. Tapi jangan sampai tidak memberi hak kepada hati. Apa guna Allah beri hati kalau kita refuse untuk merasai perasaan-perasaan seorang manusia. Kitalah yang perlu meletakkan sempadan-sempadan kepada perasaan-perasaan tersebut.

Tapi hakikat tidak selalunya semudah itu. Tidak semua sempadan di hati ini jelas kelihatan. Ada waktunya kita manusia, hanya tersedar batasan kita, setelah terlanjur melangkaui sempadan perasaan tersebut. Selepas marah, baru tersedar kesilapan diri. Selepas bersedih dan bersangka buruk pada sesuatu ujian Allah, baru ternampak hikmahnya. Selepas kehilangan nikmat-nikmatNya, barulah terasa kasih sayangNya… bukankah selalunya begitu?
Mungkin ana perlu lebih banyak bermuhasabah.




Kerana mahu meninggalkan dunia ini kelak dengan sebuah ketenangan dan kepuasan. Bahawa kehidupan dunia ini telah kita laksanakan dengan penuh kemanusiaan. Semoga Allah redha.