Sunday, December 25, 2011

~Masih tidak Memahami~

Assalamualaikum~

Masih lg mentafsir penyebab kejadian haritu
apakah mmg salah diri ini?
hurm, mujur ditahan sgl nafsu amarah
jika tidak meletup jg isi kepala yg mmg sarat dgn pelbagai kejadian
apa, besar sgt kah halnya sampai perlu menjerit
pernah selidik dahulu?
ada bertanya dahulu?

Disalahkn atas sesuatu yg bukan salahku
apa, diam itu tanda pengakuan salah?
aku hanya membisu
lagak muka ku seperti tidak lgsg peduli
mujur pesan ayah ku semat di dada
sahabat2 yg mengetahui cuba 'mgprovoke'
hanya senyuman yg mampu aku berikn
alasan 'malas' yg aku berikn mampu menutup mulut2 sahabat lain..
apa benar? diri ini malas? persoalan yg aku sendiri tak terjawap

minggu yg benar2 meragut fitrah aku sbg manusia
dlm ketenangan aku, sbenarnya kekalutan merajai
lantas aku diamkn shj,
syukur Allah maha mengasihi
lamunan sntiasa menemani di saat berada diatas 'skooter kuningku'
ada masa , terpejam mata tanda kelelahan..
Allah, aku butuh pertolonganMU dlm diamku
aku bkn manusia yg mudah mengungkap rasa
kau tentukanlah kesudahan yg terbaik untukku
hanya padaMU aku mohon pertolongan
krn dlm diam aku kesunyian...

Sunday, November 6, 2011

Wahai Pemilik Hatiku

Untuk yang sedang bersedih

Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.


Wahai jiwa yang sedang layu…

Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.

Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…

Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

Untukmu yang sedang luka..

Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.

Hai pemilik hati yang patah..

“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

Wahai hamba yang dicintai Allah..

Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb kalian dalam keadaan berpuas hati lagi diredhai.” Surah Al-Fajr ayat 27-28.

"Kuasa yang Allah beri, akan datang bersama tanggungjawab. Kuasa ini, pinjaman Allah. Kepandaian, pinjaman Allah. Hidup ini, pinjaman Allah. Dan setiap pinjaman, ada bayaran sewanya. Bayaran sewanya adalah dengan menggunakan kuasa dan kepandaian itu di atas jalan yang Allah redha, dengan cara yang Allah redha. Itulah dia tanggungjawab kita.”

"Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap dapat mengelak bencana yang dahsyat.”



Ini untukmu yang sedang bersedih

Dalam rangka menasihati diri sendiri…







Friday, October 21, 2011

~Kekuatan yg hilang~

Bila diri merasa semuanya PERLAHAN gerakannya,
Bila diri merasa semuanya berat belaka,
Yakinlah dirimu sudah mula menjauh dari-Nya,
Mintalah PANDANGAN manusia bukan PENTUNJUK mereka,
Kerna ianya bisa MENGELIRUKAN serta MERAGUKAN jiwa,
Mintalah PETUNJUK itu dari yang MENGETAHUI segalanya,
Kerna hanya Dia MENGETAHUI apa yang TERBAIK buat dirimu sebEnarnya.

Jangan MUDAH MENGELUH,
Namun TANYAKAN berapa jauh dirimu dari Rabbmu,
Hanya Dia yang MENGETAHUI jalan hidupmu,
Serta PENYELESAIAN-Nya adalah yang TERBAIK buat dirimu.


Walau SEPAHIT mana suatu KRITIKAN,
JANGAN PERNAH MENERIMA dengan KEBENCIAN,
Kerna kiranya itu menjadi PILIHAN,
YAKINLAH KEBENARAN itu MENJADI SUKAR KELIHATAN.

... Bersangka baiklah kerna bersangka baik itu sifat MUKMININ sebenarnya..