Friday, June 17, 2011

~ALHAMDULILLAH.. Ana sudah bertunang~

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Ya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insan biasa. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga
pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, aku juga tidak sehebat Saidina Umar al-Khattab dalam berbakti, aku bukan seperti Saidina Uthman bin Affan, bukan juga seperti Saidina Ali yang keempat-empat ini merupakan sahabat-sahabat nabi yang begitu kuat dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang muslimin yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, i
nsya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabat yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah mengkhitbah seseorang yang begitu istimewa apabila mendengar khabar-khabar angin bahawa aku sudah bertunang. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku
bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah jug
a yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. M
ahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"ya sahabatku, anti dah bertunang ke? Mesti hebat muslimin tu sampai anti terpikat. kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan ana dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang p
erlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah betunangkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabat juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" sahabat ana tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku sudah pun melamar dan bertunang dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekal
i lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Ya sahabat, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabat juga semakin galak mengusik.


"Wah, sahabat kita diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, tapi ana mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................
.............

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah
. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabat ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang aku telah dikhitbahkan oleh Allah..

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tu
nangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, sahabatku bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"anak makcik bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada
tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Nia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk sahabat-sahabatku mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la dia selalu menangis... saya tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

sahabat-sahabat masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diariku yang diberikan oleh ibu.

" satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."













* Kisah ini bukan kisah ana, ianya kisah KITA (semua yang sedang
membaca/atau tak) *

~Penantian Adrenaline Berkesudahan~


Alhamdulillah masih bernafas dgn nikmat Iman dan Islam
Lafaz kesyukuran kepada Allah S.W.T pemilik alam semesta dan salam junjungan kpd Rasulullah S.A.W serta sahabat Nabi Muhammad S.A.W...

lafaz syukur tatkala menerima emel pd jam lebih kurg 1.15 pagi
ditatap tidak henti
yg pasti pancutan adrenalin terus memancut2 bak letusan gunung berapi
sehingga terasa denyutan jantung berdegup laju, jika diukur boleh didiagnosis sbg darah tinggi
mungkin bkn aku seorg yg merasainya juga para penuntut ijazah sarjana muda UiTM seluruh Malaysia..
kaku sebentar tangan sebelum emel dibuka
mungkin mencari kekuatan utk mghadapi keputusan exam
haha ibarat berjumpa bakal suami lagaknya

lantas setelah menarik nafas beberapa kali aku mmbuka juga email misteri itu..
fuh~ lirik mata atas ke bawah melihat setiap subjek yg diambil semester ini
lagak seperti SPM, 1o kertas ku bawa semester ini agak berat,namun aku kuatkn hati
iya, inilah hasilnya, dan telah dijangka menurun lg untuk semester ini
tp Alhamdulillah aku bersyukur, tidak ada ragu2 tentang keputusan ini
dan aku tahu aku berhak
aku percaya setiap apa yg berlaku ada hikmah NYA
Allah cuba tunjuk sesuatu kpd diriku
beri aku peringatan, terima kasih ya ALLAH
aku sedar mana silapnya,mana kosongnya , mana hilangnya
tidak aku menaruh sedikit pun syak wasangka padaMU
tidak akan aku jdkan ini punca fitnah kpd agamaKU
Allah tidak beri apa yg aku nak tp dia beri apa yg aku perlu
apa yg pasti aku dah kuatkan azam dan niat pertingkatkn kemajuan di masa hadapan

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216)






dan mungkin inilah pemula kpd kehidupan ranjau ku sbg seorg pelajar yg bergelar ISLAM
ya Allah insan ini tidak akan pernah mengalah
insan ini tidak akan pernah mendustai janjiNYA
aku butuh kekuatan utk mghadapi sglnya
siapalah aku ya ALLAH tanpa engkau disisiku
temani ku ya ALLAH dlm kehidupan duniawi yg penuh ranjau ini
Aku dah bertekad Islam adalah agamaku dunia akhirat
akan ku genggam dan ku semat
kau berikanlah aku kekuatan dlm menghadapi dugaan dan cabaran yg bakal mendatang
Kerana aku tahu kau didik hati ini dgn persembahkn sgl keadaan untk menilai sejauh mana ketakwaan dan kebergantungan aku pada-MU ya Rabb..
ya ALLAH dgn ayatMU ku pujuk hati naluri manusia ku dan jgnlah engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata...
Tiada siapa yg berhak diadu melainkan KAU tuhanKU

Firman ALLAH swt dalam Surah Ali-Imran ayat 139-143 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu (pula) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.


Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]


Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t


TERIMA KASIH YA ALLAH KRN SYG PADAKU .... <3

~SMALL HEART WITH BIG SOUL~








Thursday, June 16, 2011

~Tafsir surah At Tahrim 1-5~


.يا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاةَ أَزْوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (1



Pada ayat ini Allah SWT menegur Nabi SAW. karena dia bersumpah tidak akan meminum lagi madu, padahal madu itu adalah minuman halal. Sebabnya hanyalah karena menghendaki kesenangan hati istri-istrinya.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari `Aisyah. Ia berkata: "Rasulullah SAW. itu suka yang manis-manis dan senang madu. Di kala ia kembali pada waktu Asar, ia pergi ke rumah istrinya. Waktu itu ia ti
nggal pada Zainab binti Jahasy dan minum madu di sana. Maka bersepakatlah `Aisyah dengan Hafsah bahwa siapa saja di antara mereka berdua didatangi Nabi SAW. hendaklah ia berkata kepadanya: Saya mencium dari engkau ya Rasulullah bau magafis (yaitu buah karet yang rasanya manis tetapi baunya busuk). Apakah engkau memakan magafis? "Nabi menjawab: "Tidak, tetapi saya hanya meminum madu di rumah Zaenab binti Jahasy. Kalau begitu, saya tidak akan mengulangi lagi dan saya telah bersumpah. Hal ini, ditegaskan di muka Hafsah karena kebetulan Hafsahlah yang didatangi. Maka Hafsah memberitahukan kepada Aisyah kejadian itu. Padahal Nabi SAW. Sangat merahasiakannya.
Ayat ini ditutup dengan satu ketegasan bahwa Allah SWT, Maha Pengampun atas dosa hamba-Nya yang bertobat, dan Dia telah mengampuni kesalahan Nabi SAW. yang telah bersumpah tidak mau lagi meminum madu. Padahal madu itu adalah minuman yang halal.



قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (2
Sumpah yang wajib dilanggar ialah jika bersifat menghalalkan sesuatu yang hukumnya haram, atau sebaliknya ialah mengharamkan sesuatu yang halal.
Diriwayatkan bahwa Nabi SAW., telah memenuhi ketentuan Allah tersebut di atas, membebaskan diri dari sumpahnya dengan membayar kifarat yaitu memerdekakan seseorang budak. Allah sebagai pelindung, menguasai sepenuhnya, untuk memenangkan kepada musuh-musuh, memudahkan menempuh jalan yang menguntungkan di dunia dan di akhirat, memberikan hidayah dan bimbingan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Dia Maha Mengetahui apa yang mendatangkan maslahat, Maha Bijaksana di dalam mengatur segala sesuatunya, tidak akan melarang dan memerintahkan sesuatu kecuali tujuan-Nya ialah maslahat.




وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَى بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنْبَأَكَ هَذَا قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ (3)
Dalam ayat ini Allah SWT mengingatkan satu peristiwa yang terjadi pada diri Nabi SAW. yaitu ketika Nabi SAW. meminta kepada Hafsah (salah seorang istrinya) merahasiakan dan tidak memberitahukan kepada siapa pun bahwa dia pernah meminum madu di rumah Zaenab binti Jahasy lalu ia bersumpah tidak akan mengulangi hal itu lagi. Setelah Hafsah memberitahukan kepada `Aisyah hal yang diminta merahasiakannya, dan Allah memberitahukan kepada Nabi percakapan yang terjadi antara Hafsah dan `Aisyah tentang hal tersebut, maka Nabi SAW. memberitahu Hafsah tentang perbuatannya, yang telah menyiarkan rahasia Nabi yaitu bahwa beliau pernah meminum madu di rumah Zaenab binti Jahasy dan tidak akan mengulanginya lagi, tetapi disembunyikan mengenai sumpah Nabi tentang hal tersebut. Tatkala Nabi memberitahu Hafsah tentang pembicaraannya dengan `Aisyah, Hafsah heran, dan bertanya: "Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?" Ia menyangka bahwa Aisyahlah yang memberitahukannya. Nabi SAW. menjawab: "Bahwa yang memberitahukannya ialah Allah SWT. Tuhan Yang Maha Mengetahui segala rahasia dan bisikan, maha mengenal apa yang ada di bumi dan apa yang ada di langit, tiada sesuatu yang tersembunyi bagi-Nya, sebagaimana di jelaskan-Nya dalam ayat lain.



نْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَلِكَ ظَهِيرٌ (4)
Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahwa jika Hafsah dan `Aisyah mau bertobat kepada Allah, mengatakan bahwa dirinya telah menyalahi kehendak Nabi SAW. keduanya cinta kepada apa yang dicintai Nabi, dan membenci apa yang dibenci Nabi SAW. berarti keduanya telah cenderung untuk menerima kebaikan.
Diriwayatkan dari Ibnu `Abbas bahwasanya dia berkata: "Saya senantiasa ingin menanyakan kepada Umar R.A. tentang dua istri Nabi SAW. yang ditujukan kepadanya firman Allah: "Jika kamu berdua bertobat kepada Allah sampai Umar menunaikan ibadah haji dan

saya pun menunaikan ibadah haji bersama dia. Pada waktu itulah ketika Umar di dalam perjalanannya mampir berwudu' dan saya gugur kedua tangannya, saya bertanya: "Wahai Amirul Mukminin Siapakah kedua istri Nabi yang ditujukan firman Allah kepadanya: "Jika kamu berdua bertobat kepada Allah....." Maka Umar R.A. menjawab: Wahai Ibnu Abbas! Kedua istri Nabi SAW. yang dimaksud itu ialah Aisyah dan Hafsah. Tetapi kalau kedua (`Aisyah dan Hafsah) tetap sepakat berbuat apa yang menyakiti hati Nabi SAW. dengan menyiarkan rahasianya, namun tidaklah keduanya dapat menyusahkan Nabi, karena Allah-lah pelindungnya, membantunya di dalam urusan agamanya dan semua hal yang dihadapinya, dan begitu pula Jibril, dan orang-orang mukmin yang saleh, serta para malaikat pun turut menolong dan membantunya.


عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا (5)
Ayat ini berisi ancaman dari Allah SWT terhadap istri-istri yang menyakiti hati Nabi saw bahwa jika Nabi saw menceraikan istri-istrinya itu, boleh jadi Allah menggantinya dengan istri-istri baru yang lebih baik dari mereka, baik keislamannya maupun keimanannya. Istri-istri yang tekun kepada ibadat, bertobat kepada Allah, patuh kepada perintah-perintah Rasul, yang sebagian janda dan sebagian yang lain masih perawan.
Diriwayatkan dari Anas R.A. dari Umar R.A. ia berkata: Telah sampai kepadaku bahwa sebagian istri-istri Nabi bersikap keras kepada Nabi dan menyakiti hati beliau. Maka saya selidiki hal ini. Saya menasihatinya satu persatu dan melarangnya menyakiti hati Nabi SAW., saya berkata: "Jika kalian tetap tidak mau taat maka boleh jadi Allah memberikan kepada Nabi, istri-istri baru yang lebih baik dari kalian. Dan setelah saya menemui Zaenab ia berkata: Wahai Ibnu Khattab! Apakah tidak ada Rasulullah usaha untuk menasihati istri-istrinya? Maka nasihatilah mereka itu sampai mereka itu, tidak diceraikan, maka turunlah ayat ini.

(InsyaAllah semoga mendapat iktibar dr surah ini)

Wednesday, June 15, 2011

~Masa di Undur Mengamit Memori~


MDS Puncak Alam..

(wave pertama pendaftaran pelajar asasi)

Sekitar pendaftaran pelajar baru sesi petang ,
panas semakin menyengat, ibu bapa semakin berkurg,
dan terlihat pasangan ibu bapa dan keluarga yg membawa anaknya utk sesi pendaftran
si bapa berbalut di leher, duga ku mungkin baru selepas kemalangan,
gigih naik ke puncak Alam utk menghantr anak kesayangannya
si ibu, rupa telah dibaluti usia murah dgn senyuman membantu suaminya yg kukira masih belum pulih sepenuhnya
Allah runtun jiwa kecil ini,
demi anak kesayangan, digagahi diri utk bersama-sama mghantr anak anak nya ke Universiti yg mnjd idaman anak2 muda kala ini
hati ibu bapa mana yg tak gembira melihat anak masuk ke Universiti
kukira begitulah juga ibu bapa ku dulu..



teringat kembali waktu zaman pertama kali aku duduk berjauhan dr keluarga
iya zaman matriks, mak x sekali mghantar aku ke Pulau Pinang
kekangan adik yg mghadapi ujian bulanannya
Ayah la yg mghantar ku ke sana..
sekitar 4 pagi dah bertolak dr Subang Jaya
hanya lambaian ibu dipagar rumah mnjadi peneman diri di matriks
sebak terasa, namun kugagahi diri
kuingat lagi tiada butir pun yg jatuh dr mata kecil ini..
sampai lebih kurg pukul 9 pagi, seprti biasa kesesakan lalu lintas yg dialami
kesesakan pendaftaran pelajar dah menjd rutin sekitar hari pendaftaran
semuanya ku selesaikn sendiri
ku ingat lg, ayah melahirkn ungkapan mempunyai mesyuarat
maka dgn rasa berat hati aku menyuruh ayahku pulg segera utk hadir mesyuarat itu
perasaan ku waktu itu, Allah shj yg tahu
iya berjurai air mata aku waktu mengangkat bagasi ke bilik
melihat rakan sebilik bersama keluarga lagi lah berjuraian air mataku keluar sehingga aku terpaksa pergi ke tandas spy tidak ada yg melihat aku menangis
telefon bimbit yg berbunyi panggilan dr mak pun tidak aku sambut
aku tak mahu ibuku mendengar aku menangis
aku pun tahu kenapa saat itu murah air mata ku mengalir hingga terasa bengkaknya mata spnjg hari...haish, mana x sebak dahla pertama kali berjauhan dr keluarga tp x ditemani sesiapa..
huhu~ teringat kembali nk gelak pon ade..

menyimpang jauh da ni~~kita smbg balik MDS td~~

sedg sibuk diri menerangkn proses pendaftaran kolej kpd pelajar raflesia,
disapa oleh seorg ibu dr jauh aku berbisik (mcm kenal, hurmm)
langkah ku ambil mendekati si ibu
lalu disapa dgn teguran " Anak Abu ye?"
hehe terus aku tersenyum..
senyum seorg agak lama, krn aku shj yg mengerti di sebalik teguran itu
boleh kata rindu juga..
lantas aku pun menjawab "ye saya, makcik...."

"Makcik Nor ni, anak Kak Siah..."
Oh... hantar anak ke makcik? Nek siah tak ikut sekali?
ramah aku menyapa .. (biasela org kampung.. ;) )
rupa sy mirip ayah ke makcik.. ? hehe.. sempat aku mengusik makcik seorg ni..
setelah berbual maka aku ditinggalkan utk menguruskan kemasukan anaknya


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah lewat ptg aku melalui padang kawat utk melihat bas terakhir menjemput ibu bapa pulang turun ke Fakulti, ditemukan aku dgn Nek Siah..
Nek Siah teman rapat kpd nenekku dahulu
masa kat kampung nek siah selalu dtg ke rumah dan berbual dgn nenek
ada shj brg yg dibawanya untuk dijual kpd nenek dan mak
waktu ku kira usia ku 5 tahun,
skrg dah jrg2 nek siah menyinggah ke rumah , nenek pun dah pulang ke rahmatullah
takdir pertemukan kami di puncak Alam..

"Nek siah, sihat?"
"Sihat, macamnilah.."
"Rajin nek Siah naik sampai Puncak Alam hantar cucu ye..?"
" Itulah, skrg cuti ya"
" Ye nek, tapi ni jadi fasi sementara skjp isi masa lapang"
" Baguslah, tak padan dgn kecik ye"
"Erk, kecik (dlm hati) hehe~ senyum je
"Nek yah, ni dah tinggal bas terakhir ni elok balik dulu, skjp lagi nk tggu bas lama plk"
"yelah" , terus ke bas ...

Sy hanya menghantar dengan pandangan mata ....
Alhamdulilah selesai sudah MDS asasi tahun ini..
moga adik2 yg baru mendaftar x mensia-siakan peluang dan harapn ibu bapa yg bersusah payah membesarkan adik-adik, satu hari nanti adik akan sedar bhw kejayaan adik bukan terletak pada usaha adik semata-mata tapi :

: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

tuntutlah ilmu dik sbg kewajipan seorg islam, bukan atas desakan ibu bapa, bukan sekadar utk mendapt kerja, bukan sekadar utk disanjung, bukan sekadar utk mengubah status, buatlah demi agamamu yakni ISLAM, carilah redha ALLAH, InsyaAllah kejayaan milikmu dunia akhirat (peringatan utk diri sendiri)

Rasullallah pernah bersabda yang artinya:
“Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim dan muslimah”.
Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu,maka allah mudah kan jalanya menuju surga.(HR: tarmidzi).


~Kasih ibu bapa mebawa ke syurga, kasih Allah kekal Abadi~

~Small Heart with Big Soul~

Tuesday, June 14, 2011

~Terusik di Kedinginan Malam~


Assalamualaikum,
Alhamdulillah dikurniakan Allah yg Maha Esa dgn kesihatan yg walafiat hendaknya..
Perkongsian yg mungkin akan meransang saraf-saraf otak di kedinginan malam mungkin..
Jika kehangatan selimut tak mampu melenakan mata mungkin sedikit labuhan di blog in mungkin melegakan saraf minda..

kita mainkan satu cerita :

sejak kecil membesar bersama, bermain permainan yang sama, sekolah yang sama, tidur bersama kadang kala,makan benda yang sama, belajar benda yg sama, mengaji bersama, mengira bersama, sambung pelajaran bersama, tapi seorg drpdnya seorang yang baik agamanya, budi bahasanya, sopan santunnya, tingkah lakunya, serba sempurna menjadi idaman mak mertua seluruh dunia..

dan sebaliknya pada seorg lg, lintang pukang orangnya, kasar bahasanya, x beradab , cancel terus calon menantu.. cuba renungkan, mana silapnya? apa hilang salah satu chromosome 'baik' dalam proses pembesaran, atau mungkin terlebih bahan kimia dlm arus penongkahan teknologi?

Ironik bukan? "iya soalan sama berulang kali ditanya"
namun ada sesiapa yg pernah cuba mencari jawapannya?
kajian dalam makmal? Masalah mental? atau mungkin keturunannya? (jwpn yg paling popular)

jika begitu, kenapa keluarga yg berlatarbelakangkan ustaz, ustazah, baik agamanya, masih punyai anak yg tak berapa nak menjadi? adakah persoalan itu terjawab skrg? esok? lusa?
tiada jawapan yg lebih kreatif dari itu..? cabaran bagi setiap semua pengkaji yg menang hadiah nobel..

Jawapannya ?
Siapa yg mencipta kamu wahai manusia? siapa yg mentakdirkan kamu begini wahai khalifah? siapa yg menentukan qada' dan qadar kamu wahai hamba yg hidup atas belas ihsanNYA?

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "


surah at-Taubat: 51

"dijelaskan bahawa Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad supaya memberitahu kepada orang fakir yang tidak percayakan kepada takdir Allah bahawa sesuatu nasib yang menimpa manusia itu telah ditakdirkan oleh Allah sebelumnya, yang tidak dapat dielakkan lagi. Kerana itu, setiap orang perlu berserah kepada Allah sepenuhnya dan menerima dengan rela di atas takdir yang telah ditentukan.
"



ALLAH...
betapa ingin aku ingin dengar jawapan ini keluar dari mulut insan2 ini ya Allah,
apalah dayaku ini, hanya mampu mendengar luahan hati yg tak berasas
bercakap seolah-olah ilmu penuh didada, berbisik sdgkn menolak yg batil,
menulis dlm diam meyingkap kesalahan diri, meluahkan seolah-olah tidak punyai tuhan,
berdusta dlm setiap ungkapan, mengaku diri punyai ALLAH tp tidak menjalankn perintahNYA
persendakan penutupan aurat, ibarat esok masih punya utk diri bertaubat,

mungkin salah diri ini..
Berdiam, dlm mencari masa
Menangguh dalam mencari ayat
pekakkan telinga dlm mncr pena
tutup mata dalam mencari perkataan..

Keraskan hati ini dlm perjuangkan agamamu
aku tak ingin disoal kelak atas penafian tanggungjawab aku keatas mereka2 ini
bila, gambar2 lama dipotret kembali, tersenyum kelat pd diri sendiri
tertunduk bisu tanpa sepatah kata
bagaikan ingin menitis air mata
diusik oleh rakan2 tak mampu utk mengukir senyuman palsu dibibir
aku diam, memikirkan perkataan yg harus dilontarkn,
namun aku terus membisu, seribu kata..

Namun aku tekad dan bulatkan hati,
ianya tidak akan berlaku lg,
selagi jasad ini masih berdiri,
kaki ini akan melangkah tinggi,
biarlah setapak demi setapak
tanpa aku berlari,
andai jatuh luka nnt aku tidak bisa mencari jejak sendiri..
biarlah tapak-tapak perjalananku mampu untuk aku lihat dan mengambil pengajarannya...

~Small Heart, with Big Soul~

Thursday, June 9, 2011

~Sanah Helwah buat diriku~ 22/5/2011


Assalamualaikum tuan punya diri.. =)
Salam Rejab, Salam Sejahtera, Salam Ukhuwah...

21 tahun, Alhamdulillah diberikan lg peluang oleh Allah utk
terus bertaubat dan beramal dengan suruhanNYA..
Kerana tanggungjawab maka diri ini menyambut ulang tahun pada tarikh 22 MEI di puncak Alam..
Cuma iringan mesej dan salam fb menjadi peneman hari jadi...
mujur sambutan bersama keluarga diawalkn pd tarikh 8/5/2011..iya HAri IBU..
seperti biasa bacaan DOA dan makan kek pd ulang tahun diteruskn tradisinya..

HAdiah? hurm.. sgt istimewa..=) gambar? tuuuuuuu yg kat atas tuuuu...

Loket bentuk kunci tulis 21 ..=) ayah bg kat mak dulu.. skrg mak bg kat org pulak.. =)

Baiklah, tahun ni getaran tanggungjawab makin dirasakn
menjadi anak soleh dan solehah
koreksi diri
menambah ilmu tntg ISLAM
Muhasabah diri
mengisi Ramadhan dgn perkara berfaedah
ilmu2 agama yg masih x lgkp pd diri harus dipelajari
mejadi pemimpin yg diredhai
merangka program yg dipayung oleh sayap2 malaikat
postmortem program lepas yg byk kekurangan pengisiannya
mencari jalan bg permasalahan yg sering kali berlaku..
fuuh~

baru umur 21 tahun.. ALLAH..
berikan aku kekuatan utk terus menjd hambaMU yg istiqamah.
baiklah angkat kaki dan mulakan langkah pertama..
Sungguh pada tahun ini aku merasakan langkahku sbg pejuang Islam makin kuat
moga Allah menolongku dlm setiap langkah kaki ini utk mencari yg hakiki
Allah tunjukkanlah aku jalan yg benar
Aku ingin terus kukuh dlm perjuangan ini sehingga nafas terakhir
jika diri ini terjatuh maka angkatlah aku kembali dgn semangat yg lebih besar..
jika diri ini tersungkur pimpin lah aku sepertimana KAU pernah menolongku dulu..

Allah berfirman, “Aku bakal menolongmu, walau sesaat setelah itu.” =)


Ya ALLAH, dgn umur ku yg menjangkau 21 tahun aku fhm dan mengerti bhw KAU
selalu ada untukku... Permudahkn jalanku utk menuju syurgaMU..
InsyaALLAH selagi hayat dikandung badan..