Thursday, September 16, 2010

SekePing Hati Mula Bicara

Dengan nama Allah yang maha pemurah lg mengasihani… pertama-tama sekali sy bersyukur ke hadrat ilahi krn brjaya juga utk menghasilkan blog ini..kesedaran menulis telah lama di fikirkan namun kekangan masa dan atas nama tanggungjawab kepada sesuatu yg harus didahulukan maka ditangguhkan dulu hasrat yg ada di hati..tujuan berblogging bukan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jauh sekali untuk mengkritik, tetapi bertujuan untuk memberi pengajaran pada diri sendiri dan insyaALLAH pada sesiapa yg terbaca dan terbuka laman ini.. Namun sebab yg utama adalah krn ada sejak akhir2 ni byk benda yg terbuku di hati yg semakin lama membuak-buak membuat sy ingin sampaikan apa yg patut dikeluarkan.. Tidak seperti org lain yg mudah untuk meluahkan, ttp mungkin ini alternatif yg mungkin sedikit sbanyak membantu sy utk mula berkongsi serba sedikit pandangan dan persepsi sy kpd ssuatu perkara. Serba sedikit tentang diri, sy adalah seorg yg bercita-cita tinggi setinggi bintang yg paling terang diangkasa (yg tidak dipanggil satelit tu ye.. ;P ) berusaha sedaya boleh untuk mendapatkan apa yg dihajati..cepat untuk mendapat semangat..seorang pemikir yg berat,dlm erti kata lain ambil berat akan semua perkara… suka akan perubahan.. punyai byk soalan kEnapa, kenapa, dan kenapa?.. suka menyimpan,work best with stress, lebih kpd belajar dr kesilapan masa lalu, and that’s why I tend to do mistake..kdg2 suka duduk sendiri dan memikirkan ssuatu yg akn terjadi pd masa depan..seorang yg berdikari dan boleh berdiri diatas kaki sendiri krn sy telah terlatih begitu sejak kecil dan kerana kesedaran bhw, sy telah dewasa dan menerima hakikat bhw sampai bila sy nk mengahrap pada mak ayah.. Sayang mak ayah lebih dr syg diri sendiri.. Sentiasa mencari kesempurnaan dlm hidup dlm waktu yg sama ingin menjadi yg terbaik utk diri sendiri dan org lain..ok cukup lah sekadar tu.. kalau ada sesuatu prkara di blog ini yg menimbulkn persoalan, maka sifat2 sy diatas ini adalah penyebabnya..Namun apa yg paling utama adalah harumnya blog ini ia tercipta utk merakamkan detik manis sy sbg seorang insan yg baru didalam sejarh diri sy sendiri… mungkin ini adalah permulaan sy menjadi insan yg lebih baik..krn apa yg dicari adalah keredhaan ALLAH S.W.T.. biarlah blog ini menjadi saksi kpd segala yg telah terjadi, bakal terjadi, sedang terjadi seperti yg telah ditentukan Qadak dan Qadar ALLAH…Saya baru nk mula merangkak, belum lg bertatih.. ~small heart with big soul~

“Al-Quran Penenang hati,Muhasabah diri Terapi Psikologi ”