Monday, July 15, 2013

~SEPERTI DIA~

Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu


Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerana mereka tahu aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerana mereka tahu aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua

Tuesday, February 5, 2013

~Jatuh Hati~

Assalamualaikum w.b.t

fuuuh~ berhabuk...mungkin jika blog ini boleh suarakan rindu, sudah lama dia jumpa ku dalam mimpi.. ;)


Alahai hati.. 
mudah diperbolak-balikkan
tanda rendahnya IMAN..

Bercakap tentang hati
mungkin jauh di tepi kali
sehingga sampai ke dinihari

Aku dah jatuh hati,
kali ni yang paling berat sekali
istikharah menjadi rutin hari ke hari

wahai hati
aku tahu dirimu inginkan yang terbaik buat diri,
oleh kerana itu kamu menggoncang segenap pemikiran ini..

Ya Allah, aku dah jatuh hati
jatuh hati pada perjuangan
aku menjadi tidak keruan

kerana hati yang sebelah lagi menyeru aku ke luar negara
mencari bekalan iman di dada
tapi kata hati ku yang sebahagian pula menjemput aku menyambung perjuangan 
perjuangan yg telah aku mulakan

Allah, niat di hati ingin meningkatkan amalan
agar bersedia di hari hadapan
persediaan diri menuai di taman


Maka pesanan Imam Hassan Al Basri Mejentik Iman~

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”


Allahu Allah~ 
Moga Ditunjukkan Jalan  


Thursday, November 29, 2012

~Dia Adalah Aku,Aku Adalah Dia~

 Allahu Allah....


Kadangkala,
kita terasa begitu lemah,

begitu hina diri ini,

tatkala orang yang kita kasihi,

tidak menyedari betapa kita mengasihinya.


Apatah lagi,

bila dia tiadalah mengasihi dirinya,

sepertimana kita mengasihinya.


Terasa begitu lemah.

Terasa amat tidak berguna.


Beratus-ratus orang kita mampu bantu,

mampu bangkitkan semangat,

mampu mengikat hatinya,

tapi bila tiba pada mereka yang penting pada kita,

kita gagal.


Orang yang kita sangat mengharapkan,

dapat turut sama menaiki gerabak ini,

kita melihatnya hanya berdiri di tepi landasan,

sedangkan kita kian laju ke hadapan.


Untuk turut terjun sama,

tiadalah kita mampu.

Untuk melupakannya begitu sahaja,

tiadalah kita sanggup.


Kerna kita sayangkannya.

Kerna kita cintakannya.

Kerna kita ingin ke Syurga bersamanya.


Allahu Allah.


..............


Ada sebab mengapa Allah hadirkan seseorang itu dalam diri kita,

boleh jadi ia menggembirakan hati kita,

boleh jadi ia menetapkan hati kita,

boleh jadi jua ia merobek hati kita,

dan boleh jadi jua ia menggundah gulanakan hati kita.


Tapi yang pasti,

it's part of His plan,

for you and I and them.


A plan so big, and so perfect,

that every smile and tears you make,

is going to build the Ummah and you,

to be His Caliph.



Tiada takdir Allah yang sia-sia.
Kisah-kisah yang Allah hidupkan ini pasti ada sebabnya.

Inilah tarbiyyahNya.

Menegur kita,

menyapa kita.


Akan tiba satu masa,

kita memerlukan bimbinganNya,

dan Allah akan hadirkan seseorang dalam hidup kita.


Tapi segalanya bermula,

dengan kita yang memerlukan.




"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"




- As-Saff 61:10-
 Tugas kita hanyalah menyampai.
Menyampai hingga ke nafas yang terakhir.

Tugas kita hanyalah mencintai Ummah,

memikirkan Ummah hingga ke nafas yang terakhir.

Kerna kita mencintai Allah dan Rasulullah mengatasi segalanya.


Rasulullah menyeru hingga ke akhirnya,

memikirkan Ummah hingga ke akhirnya.


It is time, it is time.

To walk the talk, and talk the walk.


Tiba masanya,

untuk kita bangun dan bangkit.


Menuju ke arah yang pasti,

iaitu Kebangkitan Islam yang kedua.


Allahu Allah.


Moga Allah redha.





 

Friday, September 14, 2012

~Andai Kau Tahu~

Maafkan aku ukhti sayang
Telahku cemari ukhuwah ini dengan kemaksiatan
Aku tertewas, dek pelawaan jahiliyah yang masih tersisa
Ku cemari ukhuwah antara kita
Aku abai tanggunjawab, hak sesama Muslim
Maafkan aku ukhti sayang
Aku telan hakikat kebenaran
Perjuangan ini bukan perjuangan kaki lima
Namun sekali sekala prinsip itu aku gadai, dengan harga yang murah
Anehnya, masih diberi nafas percuma
Maafkan aku ukhti sayang
Andai tak mampu hadir lagi di sisi
Saat hari disulami dosa, berulang kali
Walau pernah mengikat janji setia
Aku terkandas lagi, dalam ajakan teman lama
Sesat di lorong malap, dahagakan cahaya
Maafkan aku ukhti sayang
Andai kau tahu, betapa dosaku menjulang ke langit
Mengisi ruang antara matahari dan bulan
Pasti kau malu, lemparlah tanah di muka ini
Maafkan aku ukhti sayang
Andai kau tahu
Sepenuh kasih..

Saturday, August 11, 2012

~MUHASABAH~



Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Semoga kita terus saling bertemu dalam doa-doa rabithah kita saban pagi dan petang.
Sejujurnya hati ini sangat rindu pada kalian, namun menantikan batas waktu untuk bersua dan menjalin ukhwah ketika medan bergelut ini begitu menggamit sekali. Afwan ya sahibah fillah, semoga segala pelukan hangat kasih sayang terbina di atas jalan dakwah ini.

Hari ini ana mahu berkongsi sepotong ayat dari al Quran, buat tatapan kita bersama-sama.
“Barangsiapa menghendaki keuntungan akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya(keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat.” (As Syura: 20)

Allahuakbar. Susah bukan untuk benar-benar menghidupkan hakikat ini didalam hati? Terutama dalam waktu-waktu sukar dan jerih. Kadang-kadang kita tidak mampu untuk menolak fitrah bahawa kita tetap juga merasa sukar meskipun kita telah berusaha mengatasinya. Bukanlah kita manusia kalau kehidupan kita sempurna saja. Perlu ada jatuh bangunnya, perlu ada tawa dan tangisnya, perlu ada exam dan resultnya. Itulah kehidupan dunia. Semalam menangis, hari ini mungkin ketawa.





Kadang-kadang insensitivity dan inability to response correctly kepada nikmat-nikmat dari Allah menyebabkan kita merasakan bahawa kesusahan yang kita dapat itu lebih besar daripada kesenangan yang sedia ada. Lantas kita mula berkira-kira air-air mata yang kita titiskan seolah-olah Allah tidak mendengar doa kita. Tapi jangan sampai tidak memberi hak kepada hati. Apa guna Allah beri hati kalau kita refuse untuk merasai perasaan-perasaan seorang manusia. Kitalah yang perlu meletakkan sempadan-sempadan kepada perasaan-perasaan tersebut.

Tapi hakikat tidak selalunya semudah itu. Tidak semua sempadan di hati ini jelas kelihatan. Ada waktunya kita manusia, hanya tersedar batasan kita, setelah terlanjur melangkaui sempadan perasaan tersebut. Selepas marah, baru tersedar kesilapan diri. Selepas bersedih dan bersangka buruk pada sesuatu ujian Allah, baru ternampak hikmahnya. Selepas kehilangan nikmat-nikmatNya, barulah terasa kasih sayangNya… bukankah selalunya begitu?
Mungkin ana perlu lebih banyak bermuhasabah.




Kerana mahu meninggalkan dunia ini kelak dengan sebuah ketenangan dan kepuasan. Bahawa kehidupan dunia ini telah kita laksanakan dengan penuh kemanusiaan. Semoga Allah redha.


Saturday, July 28, 2012

Biar Surat Cinta Berbicara

Assalamualaikum.. Syukur masih dikurniakan nikmat terbesar, Iman dan Islam..
 Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W..


Jari-jemari seakan mahu menari-nari di keyboard tanpa perlu dipaksa..
meluahkan kertidakberdayaan diri, ketidaksempurnaan diri, 
kerana yg sempurna mutlak milik Allah S.W.T pencipta yg Maha Agung,

Pernah rasa daya dan tenaga juga seakan-akan sirna untuk meneruskan hari-hari kehidupan yang berbaki. Bisikan-bisikan kecewa dan putus asa sentiasa tenggelam timbul menjengah fikiran. Pasti kau pernah merasainya bukan?

Namun, jangan. Jangan. Jangan sesekali kau berputus asa daripada rahmat Tuhan. Allah itu hakikatnya dekat dengan kita. Ya, sungguh dekat. RahmatNya itu mampu meliputi segala. Apa yang perlu kau lakukan, hanyalah dengan tetap bertahan. Jangan mengalah!

Yakinlah, mungkin hari ini engkau merasakan duniamu kelam, namun bulan hadapan, minggu hadapan, bahkan mungkin jua mulai hari esok, duniamu akan kembali tersinar dengan cahaya-cahaya rahmatNya. Ya, yakinlah. Sesudah kesusahan itu pasti akan datangnya kemudahan. Dan ia akan mampu kau rasai hanyasanya engkau tetap bertahan.

Hanyasanya engkau tetap bertahan.
Maka apabila engkau diuji lagi sedemikan rupa, katakanlah pada dirimu, "Aku mampu bertahan!"
Dan letaklah keyakinan dan tawakkalmu kepadaNya. Sungguh, rahmat Allah pasti tidak jauh darimu.







Saat langkah mula terasa berat,lalu hati terus berbicara.
'inilah pengorbanan'
ku pohon kekuatan dariNya.dibelek-belek surah at-taubah yang sentiasa menemani perjalanan ini.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). ayat 24

'wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu apabila dikatakan kepadamu 'berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah,kamu berasa keberatan dan ingin tinggal di tempatmu?' apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan)di akhirat hanyalah sedikit' ayat 38

'berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun rasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui' ayat 41

'dan katakanlah beramallah kamu,maka Allah dan rasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan,dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata.kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan' ayat 105

'sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman  akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga,disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah maka di antara mereka ada yang membunuh dan terbunuh.balasan syurga itu ialah sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) taurat dan injil serta Al-qur'an.dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?oleh itu,bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu,dan ketahuilah bahawa jual-beli itu ialah kemenangan yang besar.' ayat 111


hebat sungguh mukjizat teragung
tadhiyah!
tadhiyah fil mujahadah!
inilah masanya.tadhiyah bukan sekadar di bibir.
mudah sekali bibir menutur tadhiyah.
jom kita lihat bagaimana saat melangkah ke medan praktikal!
moga Allah terus memilihku untuk berada dalam lindungan dan kasih sayangNya.
mental perlu sedia.
fikiran perlu kritikal.
fizikal perlu kuat.
rohani perlu mantap.
ketiga-tiga elemen ini mesti dilalui dengan palbagai proses tarbiyah.



يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki..”
(Ar-Ra’d: 39)
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

“Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirehat untukku dari segala keburukan.” (HR Muslim 4897) 
Tidak pernah diperolehi suatu perbuatan yg lebih melapangkan dada lebih besar pahalanya dari berzikir. Firman Allah S.W.T.: " kerana itu ingatlah kamu kepada-KU , nescaya aku ingat pula kepadamu " (Al-Baqarah : 152)

 Mendiamkan diri dalam sesi membina diri yang baru, saat ini perlu beruzlah untuk cas iman yang semakin low. Bukan tidak ingin diri yang lama namun diri yang lama tidak cukup kuat maka pembinaan yang baru perlu. Mahu bina yang lebih dekat kepadaNya. Mahu melaksana apa yang sering bermain di bibir, cukup hanya dengan DIA. Memaknakan musim hujan tika ribut matahari ini. Moga pencarian ini dalam redhaNya.

Thadiyah fil Mujahadah

Yang utama, walau apapun yang terjadi.. Walau apapun yang terjadi...

Asalkan kau terus melangkah. . .






Biar ujian seberat gunung
Walaupun jatuh ke lubuk yang dalam
Terperosok

Hitam dan seakan-akan tiada cahaya
Jangan pernah mengalah
Teruslah melangkah

Teruskan melangkah
Walaupun ia tidak mudah
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah
Ku tahu
Pasti ia berat dan payah
Namun itu semua tidak menjadi masalah
Asalkan kau terus melangkah
Ya, asalkan kau terus melangkah

Bangkitlah!
Angkat wajahmu
Bersihkan kotoran di bajumu
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu
Keluarlah dikau
Dan lihatlah sinar mentari itu!

Teruskan langkahanmu
Lagi.. dan lagi
Jangan sesekali kau hentikannya
Jangan.. dan jangan
Kerana aku
Amat-amat Teringin
Agar dikau dapat sama-sama merasai
Keindahan hari esok itu

Teruskan langkahanmu. . .
kau tidak berseorangan
Allah bersamamu



Thadiyah fil Mujahadah!!