Saturday, July 28, 2012

Biar Surat Cinta Berbicara

Assalamualaikum.. Syukur masih dikurniakan nikmat terbesar, Iman dan Islam..
 Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W..


Jari-jemari seakan mahu menari-nari di keyboard tanpa perlu dipaksa..
meluahkan kertidakberdayaan diri, ketidaksempurnaan diri, 
kerana yg sempurna mutlak milik Allah S.W.T pencipta yg Maha Agung,

Pernah rasa daya dan tenaga juga seakan-akan sirna untuk meneruskan hari-hari kehidupan yang berbaki. Bisikan-bisikan kecewa dan putus asa sentiasa tenggelam timbul menjengah fikiran. Pasti kau pernah merasainya bukan?

Namun, jangan. Jangan. Jangan sesekali kau berputus asa daripada rahmat Tuhan. Allah itu hakikatnya dekat dengan kita. Ya, sungguh dekat. RahmatNya itu mampu meliputi segala. Apa yang perlu kau lakukan, hanyalah dengan tetap bertahan. Jangan mengalah!

Yakinlah, mungkin hari ini engkau merasakan duniamu kelam, namun bulan hadapan, minggu hadapan, bahkan mungkin jua mulai hari esok, duniamu akan kembali tersinar dengan cahaya-cahaya rahmatNya. Ya, yakinlah. Sesudah kesusahan itu pasti akan datangnya kemudahan. Dan ia akan mampu kau rasai hanyasanya engkau tetap bertahan.

Hanyasanya engkau tetap bertahan.
Maka apabila engkau diuji lagi sedemikan rupa, katakanlah pada dirimu, "Aku mampu bertahan!"
Dan letaklah keyakinan dan tawakkalmu kepadaNya. Sungguh, rahmat Allah pasti tidak jauh darimu.







Saat langkah mula terasa berat,lalu hati terus berbicara.
'inilah pengorbanan'
ku pohon kekuatan dariNya.dibelek-belek surah at-taubah yang sentiasa menemani perjalanan ini.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). ayat 24

'wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu apabila dikatakan kepadamu 'berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah,kamu berasa keberatan dan ingin tinggal di tempatmu?' apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan)di akhirat hanyalah sedikit' ayat 38

'berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun rasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui' ayat 41

'dan katakanlah beramallah kamu,maka Allah dan rasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan,dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata.kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan' ayat 105

'sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman  akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga,disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah maka di antara mereka ada yang membunuh dan terbunuh.balasan syurga itu ialah sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) taurat dan injil serta Al-qur'an.dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?oleh itu,bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu,dan ketahuilah bahawa jual-beli itu ialah kemenangan yang besar.' ayat 111


hebat sungguh mukjizat teragung
tadhiyah!
tadhiyah fil mujahadah!
inilah masanya.tadhiyah bukan sekadar di bibir.
mudah sekali bibir menutur tadhiyah.
jom kita lihat bagaimana saat melangkah ke medan praktikal!
moga Allah terus memilihku untuk berada dalam lindungan dan kasih sayangNya.
mental perlu sedia.
fikiran perlu kritikal.
fizikal perlu kuat.
rohani perlu mantap.
ketiga-tiga elemen ini mesti dilalui dengan palbagai proses tarbiyah.



يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki..”
(Ar-Ra’d: 39)
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

“Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirehat untukku dari segala keburukan.” (HR Muslim 4897) 
Tidak pernah diperolehi suatu perbuatan yg lebih melapangkan dada lebih besar pahalanya dari berzikir. Firman Allah S.W.T.: " kerana itu ingatlah kamu kepada-KU , nescaya aku ingat pula kepadamu " (Al-Baqarah : 152)

 Mendiamkan diri dalam sesi membina diri yang baru, saat ini perlu beruzlah untuk cas iman yang semakin low. Bukan tidak ingin diri yang lama namun diri yang lama tidak cukup kuat maka pembinaan yang baru perlu. Mahu bina yang lebih dekat kepadaNya. Mahu melaksana apa yang sering bermain di bibir, cukup hanya dengan DIA. Memaknakan musim hujan tika ribut matahari ini. Moga pencarian ini dalam redhaNya.

Thadiyah fil Mujahadah

Yang utama, walau apapun yang terjadi.. Walau apapun yang terjadi...

Asalkan kau terus melangkah. . .






Biar ujian seberat gunung
Walaupun jatuh ke lubuk yang dalam
Terperosok

Hitam dan seakan-akan tiada cahaya
Jangan pernah mengalah
Teruslah melangkah

Teruskan melangkah
Walaupun ia tidak mudah
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah
Ku tahu
Pasti ia berat dan payah
Namun itu semua tidak menjadi masalah
Asalkan kau terus melangkah
Ya, asalkan kau terus melangkah

Bangkitlah!
Angkat wajahmu
Bersihkan kotoran di bajumu
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu
Keluarlah dikau
Dan lihatlah sinar mentari itu!

Teruskan langkahanmu
Lagi.. dan lagi
Jangan sesekali kau hentikannya
Jangan.. dan jangan
Kerana aku
Amat-amat Teringin
Agar dikau dapat sama-sama merasai
Keindahan hari esok itu

Teruskan langkahanmu. . .
kau tidak berseorangan
Allah bersamamu



Thadiyah fil Mujahadah!!
                                                 

Thursday, July 26, 2012

~AKU PUNYA ANAK YANG SOLEH~


Assalam alaik.
Tanya sama awan, mengapa kau mendung hari ini. Awan kata, “Aku ikut perintah Tuhanku”. Tanya sama matahari, mengapa kau memancar ganas dan liar hari ini. Matahari kata, “Aku ikut perintah Tuhanku”. Tanya sama hujan, bila kau mahu turun. Hujan kata “ Aku ikut perintah Tuhanku”
Allahurabbi.


Sudah kita berbicara tentang semua yang indah sementara. Tika mana aku membaca kembali apa yang ku repekkan itu, kedua-duanya membawa mesej yang saling bersangkutan. Persediaan menghadapi mati dan bekalan di sana. Kemudian aku duduk terbaring sayu di atas tilam yang empuk lagi permai dan berfikir sejenak. Risau. Bukan pasal diriku. Yang ku risaukan lebih adalah kedua orang tua ku.


Jujur ku katakan ku bukan anak yang soleh lagi baik. ku risau bila teringatkan bonda dan ayahanda ku. Adakah ku cukup baik untuk menjadi asset buat mereka kelak? Atau ku akan menjadi liability yang bakal menyekat mereka di titian nanti?

Sedih. ku sedih. Terus terang ku katakan, ibu dan ayah ku bukanlah malaikat. Hamba Allah yang biasa-biasa sahaja dan tidak lari daripada melakukan dosa. Sama seperti ku. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? 

Kemudian ku fikirkan lagi. Bagaimana boleh ku bantu mereka. Memang, kita tidak tahu siapa yang pergi dahulu, mungkin ku yang lebih awal, namun sudah pasti sebagai seorang anak kita ingin berbakti kepada orang tua kita. Setiap orang ada sejarah tersendiri. Ku tidak mahu sejarah itu menggelapkan kehidupan alam barzakh mereka berdua. Ku yakin dalam kalangan kita yang mendapat sentuhan tarbiyyah pasti memikirkan hal ini.

Ku tidak tahu sama ada ayah dan ibu ku punyai kefahaman yang sama. Apakah mereka mengerti tujuan hidup yang sebenar. Adakah mereka punyai fikrah ini. Ku lihat keduanya makin hari makin layu, dimamah usia. Namun kadangkala teguran antara satu tidak dijawab dgn pemahaman, namun beralih kpd pertengkaran. Ku sedih. 

Bila ku baca dan renungi ayat ini, sedih ku bertambah-tambah;
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk dijadikan harapan
(Al-Kahf : 46)


Jika diikutkan hati hendak sahaja ku pohon keduanya berhenti. “ Wahai ayah, cukup la dahulu. Wahai ibu, berhenti la sebentar”
Tapi ku tiada upaya. Tatkala rumah lain riuh dengan gurau senda tp rumahku riuh dengan amarah dan pertelingkahan aku hanya membisu seribu bahasa. Ayahku hanya menggeleng kepala. Jika diikutkan hati lagi, hendak juga ku usrahkan keduanya. walaupun ilmuku tak setinggi mana. Bincang mengenai semuanya. Bawa mereka pergi daurah. Ikut sama-sama berusrah. Mendaki gunung, panjat bukit,taddabur alam. Tapi sekali lagi ku tiada upaya.

Berat rasanya untuk kuteruskan karangan ini..
Lemahnya aku ya Tuhanku. Aku hanya mampu berdoa. Malulah wahai diri. Doa sahaja yang mampu kau utuskan. Dan belum tentu doa kau itu dimakbul Tuhan. Arghh, drama bermain dalam minda. Tertusuk juga.

Ku yakin ada cara lain. Ada cara yang boleh ku gunakan untuk membantu mereka. Dan ku sedang usahakannya.
Sudah dua puluh dua tahun berpijak di bumi Tuhan ini. Sudah dua puluh dua tahun keduanya menabur bakti kepada ku. Dan sudah dua puluh dua tahun  waktu ku bazirkan. Ku tidak tahu, dalam tempoh dua puluh dua tahun yang lampau, adakah mana-mana part atau portion yang mampu menghantar ayah dan ibu ke syurga. Ku tidak tahu dan ku malu sendiri. 

Cukuplah dua puluh dua  tahun yang sia-sia.
Ku ingin tsabit dijalan ini. Moga apa yang ku lakukan atas jalan ini menjadi hujah kepada ibu dan ayah ku agar mereka bisa berkata,
“Aku punya anak yang soleh”

Monday, July 2, 2012

~Memang Salahku~



Sekali lagi..
Berulang lagi..
Aku pernah hadapinya…
Tapi kali ini aku harap ini yang terakhir. Berderai air mata, entah yg keberapa kali utk insan ini..
Melihat sahaja dia berlalu pergi. Keras rupanya hati ini.Mungkin, itu yg terbaik biarkn dirinya sendiri, aku turutkan shj.. masih terngiang-ngiang katanya. Entah kenapa, bait2 katanya seperti merentap hati kecil ku ini.. Sungguh hanya Allah yg lebih mengetahui.


Jujur, ingin memahami hati kecil kakak ku ini, aku kalah..sungguh aku hanya berserah. Mungkin rukun usrah masih lagi belum ku hadam dan belum ku amal lg.. dalam hati terdetik lg..
Mmg salahku, EGO yg aku pertahankan, sedangkan aku tahu ukhuwah yg spatutnya aku utamakan..
“Tahu tak, bila kita ada masalah dgn manusia, hubungan dgn Allah yg sebenarnya kita bermasalah”
Terngiang lagi kata-katanya.. aku kalah lagi kali ni..Puas aku aku diasak apa yg sebenarnya yg aku mahu, tapi mulut ini terkunci..Rapat terkunci, mmg aku jenis yg memendam rasa,

Susah benar aku mahu suarakan keinginan hati, lantas berharap yg lain mengerti. Ah! EGO nya diri dalam benakku.. Sungguh, aku kasihkan kakak ku yg sorg ini, namun aku tak mampu lagi nk suarakn apa yg terpendam sebenarnya dalam hatiku. Mengharapkan dia untuk paham, mmg lah takkan terjadi sama sekali. Dia pun insan biasa juga.
Lantas, tanpa berfikir aku, terus menyarung apa yg perlu, mengambil laptop, dan buku2 yg perlu, aku terus keluar dari bilik. Aku memegang handphone, satu2 nombor aku dail, tiada yg menjawab.. aku berlalu pergi. Maka, dengan nekadnya aku pulang kerumah menaiki motor, yang mmg tak pernah aku buat selama ni.. apalah yg di fikiranku.. Bersungguh-sungguh aku memulas minyak, agar sampai ke tempat tujuan.. sampai satu simpang, aku terfikir hendak berpatah balik, tapi aku nekadkan diri.. 


Alhamdulillah, selamat sampai… Allah masih sygkan hambanya ini…sampai2 aku terus tertidur.. Bangun2 aku lihat beberapa miscall oleh dia..dan hanya dibalas dgn pesanan ringkas shj olehku.. Masih menebal EGO diri ku ini.. lantas aku mengambil wudu’ dan mengerjakan solat… ya , aku rasakan ketenangan yg amat…. Satu nikmat yg engkau beri …


Ya Allah, mengalir lagi air mataku..
Ya, aku menyedari hakikat sebenar, masalah sebenar 
diriku..Aku sudah jauh benar dgn Allah..banyak sekali aku mengeluh, banyak sekali aku mengaduh.. Qiam, dan tahajud sudah tidak jadi penemanku..Ya Allah, aku hamba yg tidak tahu bersyukur.. Alasan, kesakitan yg aku beri sedangkan aku tahu, itu tanda kasih sayang dan rahmatMU..Ya Allah kasih sayang MU yg aku hilang,  yg aku damba, namun aku  menempiaskan rasa kepada manusia.. kau ampunilah hambaMU yg lemah ini.. Allah kau pimpinlah aku kejalan yg diredhaMU… Baruku tahu, Allah telah mencaturkan untuk aku pulang ke rumah untuk mencari DIA.. ketenangan, yg DIA beri ,mmg ketenangan yg ku cari.. InsyaAllah, di bulan Sya’ban meniti ramadhan ini bakal, menjadi pemangkin untuk menuju SyurgaMU..

Wahai kakakku~
andai ini dibaca olehmu,
 aku memohon maaf krn meletakkan ego ku bernombor satu,
Sdgkan aku tahu ukhuwah yg harus diutamakan aku..
Wahai kakakku, aku kesal apa yg terjadi, namun aku dapat lihat hikmah  di sebalik ini,
Moga lepas ini, kita bersama-sama memperbaiki ukhuwah yg berharga ini,
Maaf andai diri ini membuatkn air matamu yg berharga itu mengalir..
Sunngguh diri ini amat menyayangi kamu, dan lantunan doa ini sentiasa bersama dgnmu.
Andai takdir memisahkan kita, sungguh Aku yakin, dan percaya bahawa Allah sentiasa menjagamu dulu skrg, esok, lusa dan selama-lamanya..
SAYA SAYANG AKAK <3


~Ya Allah, kau peliharalah ukhuwah kami, kau tuntunlah tangan kami bersama menuju syurgaMU~