Wednesday, June 15, 2011

~Masa di Undur Mengamit Memori~


MDS Puncak Alam..

(wave pertama pendaftaran pelajar asasi)

Sekitar pendaftaran pelajar baru sesi petang ,
panas semakin menyengat, ibu bapa semakin berkurg,
dan terlihat pasangan ibu bapa dan keluarga yg membawa anaknya utk sesi pendaftran
si bapa berbalut di leher, duga ku mungkin baru selepas kemalangan,
gigih naik ke puncak Alam utk menghantr anak kesayangannya
si ibu, rupa telah dibaluti usia murah dgn senyuman membantu suaminya yg kukira masih belum pulih sepenuhnya
Allah runtun jiwa kecil ini,
demi anak kesayangan, digagahi diri utk bersama-sama mghantr anak anak nya ke Universiti yg mnjd idaman anak2 muda kala ini
hati ibu bapa mana yg tak gembira melihat anak masuk ke Universiti
kukira begitulah juga ibu bapa ku dulu..



teringat kembali waktu zaman pertama kali aku duduk berjauhan dr keluarga
iya zaman matriks, mak x sekali mghantar aku ke Pulau Pinang
kekangan adik yg mghadapi ujian bulanannya
Ayah la yg mghantar ku ke sana..
sekitar 4 pagi dah bertolak dr Subang Jaya
hanya lambaian ibu dipagar rumah mnjadi peneman diri di matriks
sebak terasa, namun kugagahi diri
kuingat lagi tiada butir pun yg jatuh dr mata kecil ini..
sampai lebih kurg pukul 9 pagi, seprti biasa kesesakan lalu lintas yg dialami
kesesakan pendaftaran pelajar dah menjd rutin sekitar hari pendaftaran
semuanya ku selesaikn sendiri
ku ingat lg, ayah melahirkn ungkapan mempunyai mesyuarat
maka dgn rasa berat hati aku menyuruh ayahku pulg segera utk hadir mesyuarat itu
perasaan ku waktu itu, Allah shj yg tahu
iya berjurai air mata aku waktu mengangkat bagasi ke bilik
melihat rakan sebilik bersama keluarga lagi lah berjuraian air mataku keluar sehingga aku terpaksa pergi ke tandas spy tidak ada yg melihat aku menangis
telefon bimbit yg berbunyi panggilan dr mak pun tidak aku sambut
aku tak mahu ibuku mendengar aku menangis
aku pun tahu kenapa saat itu murah air mata ku mengalir hingga terasa bengkaknya mata spnjg hari...haish, mana x sebak dahla pertama kali berjauhan dr keluarga tp x ditemani sesiapa..
huhu~ teringat kembali nk gelak pon ade..

menyimpang jauh da ni~~kita smbg balik MDS td~~

sedg sibuk diri menerangkn proses pendaftaran kolej kpd pelajar raflesia,
disapa oleh seorg ibu dr jauh aku berbisik (mcm kenal, hurmm)
langkah ku ambil mendekati si ibu
lalu disapa dgn teguran " Anak Abu ye?"
hehe terus aku tersenyum..
senyum seorg agak lama, krn aku shj yg mengerti di sebalik teguran itu
boleh kata rindu juga..
lantas aku pun menjawab "ye saya, makcik...."

"Makcik Nor ni, anak Kak Siah..."
Oh... hantar anak ke makcik? Nek siah tak ikut sekali?
ramah aku menyapa .. (biasela org kampung.. ;) )
rupa sy mirip ayah ke makcik.. ? hehe.. sempat aku mengusik makcik seorg ni..
setelah berbual maka aku ditinggalkan utk menguruskan kemasukan anaknya


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah lewat ptg aku melalui padang kawat utk melihat bas terakhir menjemput ibu bapa pulang turun ke Fakulti, ditemukan aku dgn Nek Siah..
Nek Siah teman rapat kpd nenekku dahulu
masa kat kampung nek siah selalu dtg ke rumah dan berbual dgn nenek
ada shj brg yg dibawanya untuk dijual kpd nenek dan mak
waktu ku kira usia ku 5 tahun,
skrg dah jrg2 nek siah menyinggah ke rumah , nenek pun dah pulang ke rahmatullah
takdir pertemukan kami di puncak Alam..

"Nek siah, sihat?"
"Sihat, macamnilah.."
"Rajin nek Siah naik sampai Puncak Alam hantar cucu ye..?"
" Itulah, skrg cuti ya"
" Ye nek, tapi ni jadi fasi sementara skjp isi masa lapang"
" Baguslah, tak padan dgn kecik ye"
"Erk, kecik (dlm hati) hehe~ senyum je
"Nek yah, ni dah tinggal bas terakhir ni elok balik dulu, skjp lagi nk tggu bas lama plk"
"yelah" , terus ke bas ...

Sy hanya menghantar dengan pandangan mata ....
Alhamdulilah selesai sudah MDS asasi tahun ini..
moga adik2 yg baru mendaftar x mensia-siakan peluang dan harapn ibu bapa yg bersusah payah membesarkan adik-adik, satu hari nanti adik akan sedar bhw kejayaan adik bukan terletak pada usaha adik semata-mata tapi :

: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

tuntutlah ilmu dik sbg kewajipan seorg islam, bukan atas desakan ibu bapa, bukan sekadar utk mendapt kerja, bukan sekadar utk disanjung, bukan sekadar utk mengubah status, buatlah demi agamamu yakni ISLAM, carilah redha ALLAH, InsyaAllah kejayaan milikmu dunia akhirat (peringatan utk diri sendiri)

Rasullallah pernah bersabda yang artinya:
“Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim dan muslimah”.
Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu,maka allah mudah kan jalanya menuju surga.(HR: tarmidzi).


~Kasih ibu bapa mebawa ke syurga, kasih Allah kekal Abadi~

~Small Heart with Big Soul~

Tuesday, June 14, 2011

~Terusik di Kedinginan Malam~


Assalamualaikum,
Alhamdulillah dikurniakan Allah yg Maha Esa dgn kesihatan yg walafiat hendaknya..
Perkongsian yg mungkin akan meransang saraf-saraf otak di kedinginan malam mungkin..
Jika kehangatan selimut tak mampu melenakan mata mungkin sedikit labuhan di blog in mungkin melegakan saraf minda..

kita mainkan satu cerita :

sejak kecil membesar bersama, bermain permainan yang sama, sekolah yang sama, tidur bersama kadang kala,makan benda yang sama, belajar benda yg sama, mengaji bersama, mengira bersama, sambung pelajaran bersama, tapi seorg drpdnya seorang yang baik agamanya, budi bahasanya, sopan santunnya, tingkah lakunya, serba sempurna menjadi idaman mak mertua seluruh dunia..

dan sebaliknya pada seorg lg, lintang pukang orangnya, kasar bahasanya, x beradab , cancel terus calon menantu.. cuba renungkan, mana silapnya? apa hilang salah satu chromosome 'baik' dalam proses pembesaran, atau mungkin terlebih bahan kimia dlm arus penongkahan teknologi?

Ironik bukan? "iya soalan sama berulang kali ditanya"
namun ada sesiapa yg pernah cuba mencari jawapannya?
kajian dalam makmal? Masalah mental? atau mungkin keturunannya? (jwpn yg paling popular)

jika begitu, kenapa keluarga yg berlatarbelakangkan ustaz, ustazah, baik agamanya, masih punyai anak yg tak berapa nak menjadi? adakah persoalan itu terjawab skrg? esok? lusa?
tiada jawapan yg lebih kreatif dari itu..? cabaran bagi setiap semua pengkaji yg menang hadiah nobel..

Jawapannya ?
Siapa yg mencipta kamu wahai manusia? siapa yg mentakdirkan kamu begini wahai khalifah? siapa yg menentukan qada' dan qadar kamu wahai hamba yg hidup atas belas ihsanNYA?

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "


surah at-Taubat: 51

"dijelaskan bahawa Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad supaya memberitahu kepada orang fakir yang tidak percayakan kepada takdir Allah bahawa sesuatu nasib yang menimpa manusia itu telah ditakdirkan oleh Allah sebelumnya, yang tidak dapat dielakkan lagi. Kerana itu, setiap orang perlu berserah kepada Allah sepenuhnya dan menerima dengan rela di atas takdir yang telah ditentukan.
"



ALLAH...
betapa ingin aku ingin dengar jawapan ini keluar dari mulut insan2 ini ya Allah,
apalah dayaku ini, hanya mampu mendengar luahan hati yg tak berasas
bercakap seolah-olah ilmu penuh didada, berbisik sdgkn menolak yg batil,
menulis dlm diam meyingkap kesalahan diri, meluahkan seolah-olah tidak punyai tuhan,
berdusta dlm setiap ungkapan, mengaku diri punyai ALLAH tp tidak menjalankn perintahNYA
persendakan penutupan aurat, ibarat esok masih punya utk diri bertaubat,

mungkin salah diri ini..
Berdiam, dlm mencari masa
Menangguh dalam mencari ayat
pekakkan telinga dlm mncr pena
tutup mata dalam mencari perkataan..

Keraskan hati ini dlm perjuangkan agamamu
aku tak ingin disoal kelak atas penafian tanggungjawab aku keatas mereka2 ini
bila, gambar2 lama dipotret kembali, tersenyum kelat pd diri sendiri
tertunduk bisu tanpa sepatah kata
bagaikan ingin menitis air mata
diusik oleh rakan2 tak mampu utk mengukir senyuman palsu dibibir
aku diam, memikirkan perkataan yg harus dilontarkn,
namun aku terus membisu, seribu kata..

Namun aku tekad dan bulatkan hati,
ianya tidak akan berlaku lg,
selagi jasad ini masih berdiri,
kaki ini akan melangkah tinggi,
biarlah setapak demi setapak
tanpa aku berlari,
andai jatuh luka nnt aku tidak bisa mencari jejak sendiri..
biarlah tapak-tapak perjalananku mampu untuk aku lihat dan mengambil pengajarannya...

~Small Heart, with Big Soul~

Thursday, June 9, 2011

~Sanah Helwah buat diriku~ 22/5/2011


Assalamualaikum tuan punya diri.. =)
Salam Rejab, Salam Sejahtera, Salam Ukhuwah...

21 tahun, Alhamdulillah diberikan lg peluang oleh Allah utk
terus bertaubat dan beramal dengan suruhanNYA..
Kerana tanggungjawab maka diri ini menyambut ulang tahun pada tarikh 22 MEI di puncak Alam..
Cuma iringan mesej dan salam fb menjadi peneman hari jadi...
mujur sambutan bersama keluarga diawalkn pd tarikh 8/5/2011..iya HAri IBU..
seperti biasa bacaan DOA dan makan kek pd ulang tahun diteruskn tradisinya..

HAdiah? hurm.. sgt istimewa..=) gambar? tuuuuuuu yg kat atas tuuuu...

Loket bentuk kunci tulis 21 ..=) ayah bg kat mak dulu.. skrg mak bg kat org pulak.. =)

Baiklah, tahun ni getaran tanggungjawab makin dirasakn
menjadi anak soleh dan solehah
koreksi diri
menambah ilmu tntg ISLAM
Muhasabah diri
mengisi Ramadhan dgn perkara berfaedah
ilmu2 agama yg masih x lgkp pd diri harus dipelajari
mejadi pemimpin yg diredhai
merangka program yg dipayung oleh sayap2 malaikat
postmortem program lepas yg byk kekurangan pengisiannya
mencari jalan bg permasalahan yg sering kali berlaku..
fuuh~

baru umur 21 tahun.. ALLAH..
berikan aku kekuatan utk terus menjd hambaMU yg istiqamah.
baiklah angkat kaki dan mulakan langkah pertama..
Sungguh pada tahun ini aku merasakan langkahku sbg pejuang Islam makin kuat
moga Allah menolongku dlm setiap langkah kaki ini utk mencari yg hakiki
Allah tunjukkanlah aku jalan yg benar
Aku ingin terus kukuh dlm perjuangan ini sehingga nafas terakhir
jika diri ini terjatuh maka angkatlah aku kembali dgn semangat yg lebih besar..
jika diri ini tersungkur pimpin lah aku sepertimana KAU pernah menolongku dulu..

Allah berfirman, “Aku bakal menolongmu, walau sesaat setelah itu.” =)


Ya ALLAH, dgn umur ku yg menjangkau 21 tahun aku fhm dan mengerti bhw KAU
selalu ada untukku... Permudahkn jalanku utk menuju syurgaMU..
InsyaALLAH selagi hayat dikandung badan..





Saturday, May 7, 2011

~Hati yg kontang~

~Assalamualaikum~


6 Mei 2011

berjalan berseorngan mencari keperluan
terpandang deretan kedai baju-baju yg berbagai-bagai
lantas teringat kembali pengalaman silam
sewaktu masih dlm kekelaman
hati keras ibarat batu
pandangan beralih lg ke persekitaran
teringat kembali persitiwa silam
memandang kepada diri yg jahil
sedangkn menyedari yg hak dan batil
apa yg difikirkn
kedengaran alunan ayat Al-Quran meruntun jiwa
Apa yg cuba disampaikn..
alih lg pandangan ke arah yg lain..
mencari sesuatu yg tiada
mencari sesuatu yg hilang
pada pandngan manusia
tp ada pada PandanganNYA
mengatur langkah dr satu kedai ke satu kedai..
kembali, teringat kembali sejarah silam
Allah, tunjukkan aku ..
apakah maksudnya ini..
aku tak mengerti..

MenghadapMU, membaca ayat2 MU
air mata berguguran x tertahan
temani aku ya ALLAH
aku kehilangan arah dan tujuan
aku hilang pertimbangan
namun aku tak tahu bagaimana utk aku terangkn
untuk aku teruskn
utk aku ungkapkn
Ya Allah selamilah hati ini
aku sesak dengan asakan
Tenangkanlah hati yg gundah x bertepi ini
aku xnk terus hanyut dibuai perasaan

~Allah, dakaplah hambamu Ini, jgn pernah kau lepaskn~

Tuesday, April 26, 2011

~Bagaimana Caranya? ~

Assalamualaikum...
fuh3~
berabuk dah blog ni..=)
Alhamdulillah syukur ya ALLAH..
bernafas dgn nikmat Iman dan Islam..

mimpi harini membuatkan mengupdate blog walaupun di kesibukan mghadapi final exam..
janji pada diri sendiri akan mengemaskini blog waktu cuti 3 bulan nnt..

scr jujurnya semester ini sgt cepat berlalu, x sempat bernafas dgn betul..
mungkin mimpi tadi kesannya
hurm..


ape yg terjadi semester ni :
~dua bulan x balik rumah~ (maaf mak ayah)
~x sempat jumpa cikgu tusyen, walaupun dah janji (maaf2 )
~x sempat spend time ngan uncle yg balik dr Amsterdam (maaf,maaf dan maaf)
~terlupa wish birthday adik (maaf,maaf,maaf, maaf)

ok, sebenarnya banyak lg.. tp x mampu nk ckp dah..
yg mampu diucap hanya maaf..

tp yg paling sedih sy dah jarang2 turun ke surau MELATI dan juga surau MAWAR..
kelas malam,kelas malam dan kelas malam...

*TEMU JANJI DGN ALLAH PUN BERKURANG*

ampunilah dosaku YA ALLAH
hambaMU ini lemah
dakaplah hambaMU ini YA ALLAH
Aku xmahu jatuh,jatuh dan terus jatuh,
tunjukkanlah aku YA ALLAH
jalan yg ENGKAU redhai


mak ayah,keluarga, sahabat, pensyarah, cikgu dan saudara seislamku,di kesempatan ini dgn hati yg paling dalam memohon maaf andai ada secebis duka yg diakibatkn oleh diri yg tak sempurna ini.. doakan kejayaan sy dunia dan akhirat..

kerana perjuanganku masih belum selesai..........

Sunday, January 2, 2011

Kerana Sayang... -DUNIA NIA IZWINA 1/1/11-

Hujan rahmat baru shj menyimbah bumi
melihat hujan yg sudah reda
Nia teruskan niatnya utk keluar mmbeli brg keperluan
Sahabat yg diajaknya bersama diambil dr kolej sebelah...

" pakai elok2 helmet tu.."
kata NIA kpd shabatnya yg disayanginya, seolah-olah menjangkakan ssuatu yg bakal berlaku

Maka perlahan-lahan NIA membawa motornya meninggalkan kolej sebelah..
dlm membelok ke simpang kiri..
tiba-tiba.........

zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaappppppppppppppppp!!!!

hilang kawalan motor yg baru hendak membelok
Ya ALLAH! dengus dlm hati..
dlm sekelip mata muka NIA dah tersembam ke jalan..
digagahkan dirinya bangun utk melihat keadaan sahbat yg dikasihinya
dlm hati, Ya ALLAH apa yg aku dah buat...
hati dah terasa lemah tak berdaya melihat sahabatnya luka ditangan dan kaki..

"Awak, sakit kat mane lagi wak..? "

ditanya soalan itu bertalu-talu kpd sahabatnya itu..
topi keledar masih lagi melekat di kepala sahabatnya..
dlm hati, bersyukurnya aku kpd Allah krn masih syg akan kami berdua
perlahan-lahan sahabatnya menanggalkan topi keledarnya
melihat sahabatnya berbuat demikian,
Nia tersedar yang topi keledar nya masih tersarung di kepala..
lantas ditanggalkan juga perlahan-lahan..
aduh, terkeluar pkataan itu setelah belanggaran topi itu dgn muka nya..
saat itu baru tersedar yg muka NIA berlumuran darah akibat bergaris dgn jalan td..
mulut seolah-olah dipenuhi darah, membuatkan Nia terpaksa meluahkan darah nya itu ditepi jln..
rasa sakit sudah tidak terasa, hanya kebas di bahagian hidung ke bawah..


Nia dan sahabatnya bernasib baik krn dilihat oleh org sekeliling
dibawa kami berdua ke pusat kesihatan utk menerima rawatan,
namun selepas lama menunggu jwpnnya hampa,
pusat kesihatan tutup kebetulan krn hari itu Tahun Baru..
dlm ambulan Uitm itu Nia semakin lemah, ingin shj dia menutup matanya..
rasa seolah-olah tenaganya dah habis..
melihatkn sahbatnya disebelah, dia kuatkn dirinya..
dia bertahan demi melihat sahabatnya yg dikasihi dlm keadaan baik..
sahabat Nia jg bertanya keadaan NIA bagaimana..
NIA cuma mampu bkata "sy ok.. "
dlm hati Allah shj yg tahu..
Nia dan sahabatnya dibawa ke HTAR Klang..

proses yg sgt lama disana mmbuatkn Nia terasa penat yg teramat..
Nia kuatkn diri utk melalui semuanya..
menerima 2 injection, mencuci luka2 Nia..
aduh, baru terasa sakitnya..
luka seolah-olah ditores kembali..
menggeletar tgn menahan kesakitan..
syukur, sahabatnya tak menghadapi luka yg teruk..
namun terbit rasa bersalah didalam hati yg tidak bertepi
melihatkn sahabatnya terpaksa menyeret kakinya
krn ibu jarinya yg sakit..

selepas ambil ubat-ubatan Nia dan sahabatnya dihantar balik
oleh sahabat lama sahabat yang dikasihinya itu..
bersyukur dlm hati krn ada yg menolong di waktu2 begini
baik betul sahabatnya itu..
betul lah, bila kita nk mengenali seseorg itu, lihatlah sahabatnya dahulu..

sesampainya di kolej Nia dihantar ke kolej
dan sahabatnya itu, dibawa ke kolejnya..
dlm hati bersyukur, krn ade yg menjg sahabatnya itu dgn rapi..

badan dah terasa teramat yg letih,
setelah meninggalkan solat maghrib td,
'Nia mengqadakn kembali maghrib dan menunaikn solat isya'
agar tidurnya tidak terjaga..

~~~~~~~~~~~bersambung~~~~~~~~~~

Tuesday, December 28, 2010

NAWAITU

Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih lg bernafas dgn nikmat islam dan iman..
maaf ye blog, dah lama x mencoret sedikit coretan yang tersemat di hati..
almaklumla, cuti dah menjelma lama dah, dah nak abis dah pun..
tp masih lg x de kesempatan utk menaip..
masih x istiqamah lg... ;)
Jadi serba sedikitlah yg mampu dicoretkan ini..
mungkin manislah buat insan sekerdil saya ini..
Betul lah kata pepatah...
makin kita berlari dr sesuatu makin dekat ia mengejar kita..
x gitu? Kenapa ye..?
perlukah jawapan utk itu?
Allah yg menentukan semuanya,
apa yg terbaik utk hambanNYA
syg betul Allah kat kita..

jadikanlah diri ini hamba yg bersyukur dlm setiap derap langkah
jadikanlah perjuangan ini satu permulaan utk mendidik diri menjadi insan y lebih baik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jodoh pertemuan di tangan Allah
maka dipertemukan sy dgn org yg hebat2 yg sy kira x pernah sy akan jumpa
dipertemukan sy dgn seorg teman yg berkongsi sgl suka dan duka..
persoalannya sejauh mana kah sy sbg seorg manusia biasa mnjlnkn tanggungjwab
sbg seorg Hamba, sbg seorg anak, sebg seorag sahabat, sbg seorg pelajar,dan jg sbg seorg pemimpin kpd diri?
menjadikan sy sbg org2 yg disebutkan diatas memerlukan permainan karakter yg berbagai2..
pernah terfikir..mampu ke tidak?
pernah terfikir layak atau tidak..?

Simpan sgl jwpn dibenak fikiran
x perlu jwpn utk semua
yg paling utama adalah niat...
jika org lain mentafsirnye sbg sesuatu sebaliknya,
apakah yg boleh anda lakukan?
perlukah anda buat sesuatu utk membuktikannya x seprti yg mreka fikirkan..?
X, berbalik semula kpd niat..
jika betul niat kita mgharpkn redha Allah..
maka itulah yg paling penting..
hanya Allah shj y layak untuk mentafsir kita
rahsia kebaikan kita biarlah Pencipta shj yg mengetahuinya
kan indah begitu
segeralah, betulkan niat...

Lupe pulak nk cerita yg Manis tu..
hehe~ nanti sambung lain ye..
Jom Betulkan NIAT...! =)