Andai dirungkai rahsia hati, maka pen pun tidak akan sempat menulis bait-bait perkataan yg mampu meluruhkan sekeping jiwa, apakan pula kajian psikologi yg berdasarkan rahsia akal semata-mata, Insan yg bergelar hamba mencari ilmu dunia yg sementara dan mencari jalan kebaikan ke akhirat yg kekal abadi~ Baru merangkak belum lagi bertatih namun mepunyai jiwa yg besar utk mnjadi yg terbaik walaupun xkn pernah sempurna~
Monday, July 15, 2013
~SEPERTI DIA~
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerana mereka tahu aku tak sama
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerana mereka tahu aku tak sama
Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua
Tuesday, February 5, 2013
~Jatuh Hati~
fuuuh~ berhabuk...mungkin jika blog ini boleh suarakan rindu, sudah lama dia jumpa ku dalam mimpi.. ;)
Alahai hati..
mudah diperbolak-balikkan
tanda rendahnya IMAN..
Bercakap tentang hati
mungkin jauh di tepi kali
sehingga sampai ke dinihari
Aku dah jatuh hati,
kali ni yang paling berat sekali
istikharah menjadi rutin hari ke hari
wahai hati
aku tahu dirimu inginkan yang terbaik buat diri,
oleh kerana itu kamu menggoncang segenap pemikiran ini..
Ya Allah, aku dah jatuh hati
jatuh hati pada perjuangan
aku menjadi tidak keruan
kerana hati yang sebelah lagi menyeru aku ke luar negara
mencari bekalan iman di dada
tapi kata hati ku yang sebahagian pula menjemput aku menyambung perjuangan
perjuangan yg telah aku mulakan
Allah, niat di hati ingin meningkatkan amalan
agar bersedia di hari hadapan
persediaan diri menuai di taman
Maka pesanan Imam Hassan Al Basri Mejentik Iman~
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”
Allahu Allah~
Moga Ditunjukkan Jalan
Thursday, November 29, 2012
~Dia Adalah Aku,Aku Adalah Dia~
Kadangkala,
kita terasa begitu lemah,
begitu hina diri ini,
tatkala orang yang kita kasihi,
tidak menyedari betapa kita mengasihinya.
Apatah lagi,
bila dia tiadalah mengasihi dirinya,
sepertimana kita mengasihinya.
Terasa begitu lemah.
Terasa amat tidak berguna.
Beratus-ratus orang kita mampu bantu,
mampu bangkitkan semangat,
mampu mengikat hatinya,
tapi bila tiba pada mereka yang penting pada kita,
kita gagal.
Orang yang kita sangat mengharapkan,
dapat turut sama menaiki gerabak ini,
kita melihatnya hanya berdiri di tepi landasan,
sedangkan kita kian laju ke hadapan.
Untuk turut terjun sama,
tiadalah kita mampu.
Untuk melupakannya begitu sahaja,
tiadalah kita sanggup.
Kerna kita sayangkannya.
Kerna kita cintakannya.
Kerna kita ingin ke Syurga bersamanya.
Allahu Allah.
..............
Ada sebab mengapa Allah hadirkan seseorang itu dalam diri kita,
boleh jadi ia menggembirakan hati kita,
boleh jadi ia menetapkan hati kita,
boleh jadi jua ia merobek hati kita,
dan boleh jadi jua ia menggundah gulanakan hati kita.
Tapi yang pasti,
it's part of His plan,
for you and I and them.
A plan so big, and so perfect,
that every smile and tears you make,
is going to build the Ummah and you,
to be His Caliph.
Tiada takdir Allah yang sia-sia.
Kisah-kisah yang Allah hidupkan ini pasti ada sebabnya.
Inilah tarbiyyahNya.
Menegur kita,
menyapa kita.
Akan tiba satu masa,
kita memerlukan bimbinganNya,
dan Allah akan hadirkan seseorang dalam hidup kita.
Tapi segalanya bermula,
dengan kita yang memerlukan.
Menyampai hingga ke nafas yang terakhir.
Tugas kita hanyalah mencintai Ummah,
memikirkan Ummah hingga ke nafas yang terakhir.
Kerna kita mencintai Allah dan Rasulullah mengatasi segalanya.
Rasulullah menyeru hingga ke akhirnya,
memikirkan Ummah hingga ke akhirnya.
It is time, it is time.
To walk the talk, and talk the walk.
Tiba masanya,
untuk kita bangun dan bangkit.
Menuju ke arah yang pasti,
iaitu Kebangkitan Islam yang kedua.
Allahu Allah.
Moga Allah redha.
Friday, September 14, 2012
~Andai Kau Tahu~
Saturday, August 11, 2012
~MUHASABAH~
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Semoga kita terus saling bertemu dalam doa-doa rabithah kita saban pagi dan petang.
Sejujurnya hati ini sangat rindu pada kalian, namun menantikan batas waktu untuk bersua dan menjalin ukhwah ketika medan bergelut ini begitu menggamit sekali. Afwan ya sahibah fillah, semoga segala pelukan hangat kasih sayang terbina di atas jalan dakwah ini.
Hari ini ana mahu berkongsi sepotong ayat dari al Quran, buat tatapan kita bersama-sama.
“Barangsiapa menghendaki keuntungan akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya(keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat.” (As Syura: 20)
Allahuakbar. Susah bukan untuk benar-benar menghidupkan hakikat ini didalam hati? Terutama dalam waktu-waktu sukar dan jerih. Kadang-kadang kita tidak mampu untuk menolak fitrah bahawa kita tetap juga merasa sukar meskipun kita telah berusaha mengatasinya. Bukanlah kita manusia kalau kehidupan kita sempurna saja. Perlu ada jatuh bangunnya, perlu ada tawa dan tangisnya, perlu ada exam dan resultnya. Itulah kehidupan dunia. Semalam menangis, hari ini mungkin ketawa.
Kadang-kadang insensitivity dan inability to response correctly kepada nikmat-nikmat dari Allah menyebabkan kita merasakan bahawa kesusahan yang kita dapat itu lebih besar daripada kesenangan yang sedia ada. Lantas kita mula berkira-kira air-air mata yang kita titiskan seolah-olah Allah tidak mendengar doa kita. Tapi jangan sampai tidak memberi hak kepada hati. Apa guna Allah beri hati kalau kita refuse untuk merasai perasaan-perasaan seorang manusia. Kitalah yang perlu meletakkan sempadan-sempadan kepada perasaan-perasaan tersebut.
Tapi hakikat tidak selalunya semudah itu. Tidak semua sempadan di hati ini jelas kelihatan. Ada waktunya kita manusia, hanya tersedar batasan kita, setelah terlanjur melangkaui sempadan perasaan tersebut. Selepas marah, baru tersedar kesilapan diri. Selepas bersedih dan bersangka buruk pada sesuatu ujian Allah, baru ternampak hikmahnya. Selepas kehilangan nikmat-nikmatNya, barulah terasa kasih sayangNya… bukankah selalunya begitu?
Mungkin ana perlu lebih banyak bermuhasabah.
Kerana mahu meninggalkan dunia ini kelak dengan sebuah ketenangan dan kepuasan. Bahawa kehidupan dunia ini telah kita laksanakan dengan penuh kemanusiaan. Semoga Allah redha.
Saturday, July 28, 2012
Biar Surat Cinta Berbicara
Assalamualaikum.. Syukur masih dikurniakan nikmat terbesar, Iman dan Islam..
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W..
Jari-jemari seakan mahu menari-nari di keyboard tanpa perlu dipaksa..
meluahkan kertidakberdayaan diri, ketidaksempurnaan diri,
kerana yg sempurna mutlak milik Allah S.W.T pencipta yg Maha Agung, Pernah rasa daya dan tenaga juga seakan-akan sirna untuk meneruskan hari-hari kehidupan yang berbaki. Bisikan-bisikan kecewa dan putus asa sentiasa tenggelam timbul menjengah fikiran. Pasti kau pernah merasainya bukan? Namun, jangan. Jangan. Jangan sesekali kau berputus asa daripada rahmat Tuhan. Allah itu hakikatnya dekat dengan kita. Ya, sungguh dekat. RahmatNya itu mampu meliputi segala. Apa yang perlu kau lakukan, hanyalah dengan tetap bertahan. Jangan mengalah! Yakinlah, mungkin hari ini engkau merasakan duniamu kelam, namun bulan hadapan, minggu hadapan, bahkan mungkin jua mulai hari esok, duniamu akan kembali tersinar dengan cahaya-cahaya rahmatNya. Ya, yakinlah. Sesudah kesusahan itu pasti akan datangnya kemudahan. Dan ia akan mampu kau rasai hanyasanya engkau tetap bertahan. Hanyasanya engkau tetap bertahan. Maka apabila engkau diuji lagi sedemikan rupa, katakanlah pada dirimu, "Aku mampu bertahan!" Dan letaklah keyakinan dan tawakkalmu kepadaNya. Sungguh, rahmat Allah pasti tidak jauh darimu. |
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
“Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirehat untukku dari segala keburukan.” (HR Muslim 4897)
Tidak pernah diperolehi suatu perbuatan yg lebih melapangkan dada lebih besar pahalanya dari berzikir. Firman Allah S.W.T.: " kerana itu ingatlah kamu kepada-KU , nescaya aku ingat pula kepadamu " (Al-Baqarah : 152)
Thadiyah fil Mujahadah
| Yang utama, walau apapun yang terjadi.. Walau apapun yang terjadi... Asalkan kau terus melangkah. . . |
Biar ujian seberat gunung
Walaupun jatuh ke lubuk yang dalam
Terperosok
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya
Jangan pernah mengalah
Teruslah melangkah
Teruskan melangkah
Walaupun ia tidak mudah
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah
Ku tahu
Pasti ia berat dan payah
Namun itu semua tidak menjadi masalah
Asalkan kau terus melangkah
Ya, asalkan kau terus melangkah
Bangkitlah!
Angkat wajahmu
Bersihkan kotoran di bajumu
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu
Keluarlah dikau
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Teruskan langkahanmu
Lagi.. dan lagi
Jangan sesekali kau hentikannya
Jangan.. dan jangan
Kerana aku
Amat-amat Teringin
Agar dikau dapat sama-sama merasai
Keindahan hari esok itu
Teruskan langkahanmu. . .
kau tidak berseorangan
Allah bersamamu
Thadiyah fil Mujahadah!!
Thursday, July 26, 2012
~AKU PUNYA ANAK YANG SOLEH~
Monday, July 2, 2012
~Memang Salahku~
Lantas,
tanpa berfikir aku, terus menyarung apa yg perlu, mengambil laptop, dan buku2
yg perlu, aku terus keluar dari bilik. Aku memegang handphone, satu2 nombor aku
dail, tiada yg menjawab.. aku berlalu pergi. Maka, dengan nekadnya aku pulang
kerumah menaiki motor, yang mmg tak pernah aku buat selama ni.. apalah yg di
fikiranku.. Bersungguh-sungguh aku memulas minyak, agar sampai ke tempat
tujuan.. sampai satu simpang, aku terfikir hendak berpatah balik, tapi aku
nekadkan diri..
diriku..Aku sudah jauh benar dgn
Allah..banyak sekali aku mengeluh, banyak sekali aku mengaduh.. Qiam, dan
tahajud sudah tidak jadi penemanku..Ya Allah, aku hamba yg tidak tahu
bersyukur.. Alasan, kesakitan yg aku beri sedangkan aku tahu, itu tanda kasih
sayang dan rahmatMU..Ya Allah kasih sayang MU yg aku hilang, yg aku damba, namun aku menempiaskan rasa kepada manusia.. kau ampunilah
hambaMU yg lemah ini.. Allah kau pimpinlah aku kejalan yg diredhaMU… Baruku
tahu, Allah telah mencaturkan untuk aku pulang ke rumah untuk mencari DIA..
ketenangan, yg DIA beri ,mmg ketenangan yg ku cari.. InsyaAllah, di bulan Sya’ban
meniti ramadhan ini bakal, menjadi pemangkin untuk menuju SyurgaMU..Tuesday, May 29, 2012
~Rendang Tak Berbuah~
Terlantar dalam kelam
Hidup dan mati
Di sisiku
Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merendang semalam
Mungkin takkan berbuah
Hanya meneduhkan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara
Begitulah hakikatnya
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam
Air mata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan
Selamanya
Berikanlah pengertian
Waktu ku di hujung jalan
Berbicara bahasa Tuhan
Yang penuh penyesalan
Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk disambut
Biarpun tak bersungguh
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam~
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam
Air mata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan
Selamanya..
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam~
Wednesday, May 16, 2012
Muhasabah Diri
Entah apa yang ingin di cari dalam hidup ini...tatkala bersendirian diri ini sentiasa memikirkan betapa jauh sebuah perjalanan,perjalanan untuk mencari sebuah KEHIDUPAN.Adakala rebah di perjalanan tak terdaya untuk malawan segala onak dan duri.Itulah kehidupan,kesilapan dan dosa-dosa silam yang menghantui diri merupakan lumrah untuk menjadikan kita semakin matang bagi berdepan segala jenis cabaran yang mendatang,andai sudi mengakui diri hanyalah INSAN.Hamba tuhan yang serba kekurangan.
Sapaan air mata yg dahulu jarang2 menyapa sering berkunjung akhir2 ini.. ya Allah,kerdilnya hambaMU ini.. aku mohon perlindungan pada mu Ya Rabb.. Aku risau andai tiba saat sakaratulmaut itu tiba, tiada bekalan utk ku bawa.. mana mungkin aku mampu utk lena.. Ya Allah, kau berikan aku kesempatan utk mmbahagiakn Ibu Bapa ku,keluargaku dan juga sahabat2 ku ...
Maafkan diri ini wahai teman,andai dalam menempuh duri kehidupan untuk mencari sebuah kematangan,diri kalian ku bebankan pelbagai kesusahan mungkin juga sedikit gangguan.Terkadang malu kepada kalian,pada mata yang memandang...diri ini hamba tuhan yang tiada apa untuk dibanggakan melainkan sentiasa adanya penyesalan untuk terus ku lakukan perubahan demi perubahan.
Aku hanyalah hamba tuhan yang belajar dari kesilapan..Moga usia yang makin bertambah mematangkan diri untuk mengenal erti sebuah kehidupan agar aku tidak terleka dalam menuju sebuah destinasi yang masih jauh untuk kutempuhi.Muda hanya sekali bukan bererti waktu untuk berjoli tapi mencari bekalan untuk sebuah kehidupan. Namun seringkali diri ini menjumpai jalan buntu dan dihimpit kegagalan..Namun aku akur akan kegagalan tersebut,
Kegagalanku ini aku yakin dan pasti sebenarnya adalah suatu kejayaan yang tertunda. Setiap yang berusaha pasti Allah S.W.T akan membayar balik segala usahanya itu namun jika ia gagal dalam usahanya bermakna kejayaan untuknya ditangguhkan demi memberikan kejayaan yang hakiki. Setiap yang berusaha pasti akan mendapat apa yang diusahakan sebagaimana pepatah Arab ada mengatakan “Siapa yang menanam dia yang akan menuai”, “Siapa yang berusaha pasti akan mendapat”.
Saturday, March 31, 2012
'Membina Kekuatan'
"perkara yg lebih menyedihkn apabila kita nk meluahkn kepada yg perlu untuk mengetahui tapi kita x mampu.. nak menangis dibahu yg wajar utk diletakkan tapi x mampu, nak sembunyi perasaan itu dan tetap juga x mampu.."
Medan tarbiyah untukku, InsyaAllah ana kan harung dengan penuh keazaman
kadang serba-salah dibuatnya, entah apa lg alasan yg mampu ana beri,
takut dlm mengelak, ana menipu, dalam menghilang ada yg terabai
Allah, moga segenap urusan kehidupanku ini ana mohon petunjuk dariMU
Amanah yg Allah beri kan dipikul
Jujur ana bukan tidak mahu memilih
tapi ana mmg tidak tahu untuk memilih yg mana
jika ana angkat tangan tanda menyerah
sahabat sekeliling ana siapa yg mahu jaga
jika ana angkat kaki tanda berhenti
ana juga akan terasa kehilangannya
Ana ingin diri yg dulu
semangat ana yang dulu
tp makin lama, rasa diri ini sangat lemah
ana cuba perbaiki, menyelami setiap kelemahan diri
sedih andai ana terlepas benda2 yg ana sepatutnya pergi
sedih mengenangkn apabila terpaksa mghadapi mesyuarat
yg tak membawa 'makna' kepada kehidupan hari2
rasa macam nak lari, menghentikan sesuatu yg x membawa erti
Sedih lagi mengenangkan JPK2 baru yg sibuk dgn program2 duniawi
hakikatnya ana sangat sedih, melihat mata2 mereka ana sudah tidak mampu
melihat mereka berlari2 mencerminkan diri ana dahulu
ana cuma mampu untuk membisu,
ya Allah kuatkn hambaMu ini
Ana cuba untuk bertahan setakat mana yg mampu..
Namun dalam diam ana membina kekuatan..
~MOGA ALLAH KUATKAN HATIKU DI MEDAN INI.AKU INGIN KE SYURGAMU~
Friday, March 9, 2012
=(
Berkata-kata tanpa melakukanya adalah sia-sia...mengingtkn amar maaruf nahi mungkar itu bgs..tp sekiranya anda merasakn diri terlalu bgs dgn berkata-kata tanpa amalkannya..anda silap..walau tinggi mana jwtn anda jgnla alpa n abaikn ukhwah persahabatan...perasan bagus boleh menyebabkn kehilangn semuanya. Muhasabahlah kwnku ~si dia~
Tersandar, ana di kerusi, tidak lena dibuatnya beberapa hari...
Ya, kejahilan ana yg membuatkn ana layak digelar sebegini,
Ya Allah,
kalini ana dah mula menitikkan air mata
Demi Agamu ya Allah...
Ana mengerti bahawa islam dtg dlm keadaan dagang dan akan kembali jg dlm keadaan dagang..
Ana bkn sempurna, sdgkn ana masih lg bertatih..
Masih terngiang-ngiang perkataan yg dilancarkan seperti peluru berpandu kearahku
Di manakah silapnya, adakah ana yg terlalu memendam rasa
atau ada benarnya semua itu?
"awk buat sy benci sangat dengan awak!!"
awk igt, sy nak sangat sebilik dgn awak!!
sbb, sy jaga hati awk, sy tak tukar bilik!!
awk ingat jawatan awk besar sgt!!
awk selalu tinggalkn sy tidur sorg2 smpi sy kena hempap!!"
apa masalah awk dgn saya?!!"
dlm keadaan yg sgt marah dan menangis
"BAMMM!!!!" pintu dihentam tanda protes..
kalau sy beritahu benda sebenar, awk akan mengerti? tahu knp sy tinggalkn awk selalu? tahu knp sem ni sy tak sebilik dgn awk? tahu knp sy x beritahu awk apa masalah sy dgn awk? sbb sy tahu hakikatnya awk akan lebih sakit hati sy dah rasa sakitnya, sesak dada dibuatnya.. awk dah buat sy sakit dada, awk tahu apa maksudnya? sy dah letak awk di satu tempat yg sy simpan org2 yg sy syg.. tp, awk guris lg hati sy.. sy x pernah benci awk.. sy rasa sy lebih fhm apa itu ukhuwah~ maaf sy bkn yg terbaik utk awk, sy nak tegur awk, tp awk lari dr sy, sy nk tggu awk sejuk hati.. sy pun x suka keadaan kita mcm ni.. (kalau lah mampu sy nk ckp dgn awk mcm ni.. =( )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Sering kali kita bercakap soal Islam baik dari segi perundangan, cara hidup, ekonomi dan sebagainya. Tapi pernahkah terlintas di fikiran kita Islam yang macam manakah yang kita mahukan? Apakah kita benar-benar celik agama sehingga melihat setiap perbuatan manusia lain sebagai salah dan melanggar hukum-hakam Allah. Atau adakah kita ini sekadar menjadi pendengar dan kemudian mengikut apa sahaja kata orang yang bercakap tentang Islam. Jika itulah keadaannya, jelas sekali kita tidak tahu apa itu Islam. Malah kita sebenarnya menjadi orang yang sangat rugi malah lebih jahil dari seorang yang sentiasa cuba mengimbangkan kepentingan agama, bangsa dan negaranya. Renung-renungkanlah..." ~ dan si dia ~
Ya Allah, ana terhentak sekali lg..

Ya, kali ana betul2 terasa diri jahil
Kdg2 ana rasa kelelahan, sehingga ana lebih suka bersendiri
mungkin dikala sendirian itu ana lebih merasa dekat dgnMU
Ana lari dr segala-galanya
Ana pulang ke rumah
Ana mencari penyelesaian
Ana kembali ke kampus, ana cuba merungkai jawapan
Ana mohon pada mu ya ALLAH ,
kau tunjukkanlah jalan keluar bagiku, demi AgamaMU,
Ana masih lg bertatih..
Banyak lg ilmu yg ana masih perlu belajar,
Ya ALLAH ana redha jika ini ketentuanMU
Kau berikanlah ketabahan padaku..
Krn kau yg hanya berhak diadu segala isi hati..
~Ukhuwah yg terlerai~
"Berkata-kata tanpa melakukanya adalah sia-sia...mengingtkn amar maaruf nahi mungkar itu bgs..tp sekiranya anda merasakn diri terlalu bgs dgn berkata-kata tanpa amalkannya..anda silap..walau tinggi mana jwtn anda jgnla alpa n abaikn ukhwah persahabatan...perasan bagus boleh menyebabkn kehilangn semuanya. Muhasabahlah kwnku" ~si fulan~
Saturday, February 25, 2012
~Perubatan III ----> Low Back Pain ~

Sakit pinggang (low back pain/LBP).
Penyebab sakit di bahagian belakang
Disebabkan oleh otot yang lemah,otot yang tegang atau kaku,urat belakang yang tergeliat, otot yang terkoyak atau juga disebabkan sakit sendi yang mengakibatkan anda rasa sakit di bahagian punggung,kebas kaki,rasa digigit semut di kaki akibat rangsangan saraf dari saraf tunjang.
Simptom sakit belakang
Sakit di bahagian belakang selalunya sakit di bahagian bawah belakang anda dan boleh merebak ke bahagian lain iaitu kaki.Bahagian yang sakit akan merasa sensitif apabila disentuh dan akan berasa lebih sakit apabila anda bergerak.Rasa sakit boleh dirasai seperti pisau yang tajam menikam atau rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian otot belakang.
sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, kemungkinan besar mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.
Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok
Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.
Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang...Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat.






