Wednesday, June 15, 2011

~Masa di Undur Mengamit Memori~


MDS Puncak Alam..

(wave pertama pendaftaran pelajar asasi)

Sekitar pendaftaran pelajar baru sesi petang ,
panas semakin menyengat, ibu bapa semakin berkurg,
dan terlihat pasangan ibu bapa dan keluarga yg membawa anaknya utk sesi pendaftran
si bapa berbalut di leher, duga ku mungkin baru selepas kemalangan,
gigih naik ke puncak Alam utk menghantr anak kesayangannya
si ibu, rupa telah dibaluti usia murah dgn senyuman membantu suaminya yg kukira masih belum pulih sepenuhnya
Allah runtun jiwa kecil ini,
demi anak kesayangan, digagahi diri utk bersama-sama mghantr anak anak nya ke Universiti yg mnjd idaman anak2 muda kala ini
hati ibu bapa mana yg tak gembira melihat anak masuk ke Universiti
kukira begitulah juga ibu bapa ku dulu..



teringat kembali waktu zaman pertama kali aku duduk berjauhan dr keluarga
iya zaman matriks, mak x sekali mghantar aku ke Pulau Pinang
kekangan adik yg mghadapi ujian bulanannya
Ayah la yg mghantar ku ke sana..
sekitar 4 pagi dah bertolak dr Subang Jaya
hanya lambaian ibu dipagar rumah mnjadi peneman diri di matriks
sebak terasa, namun kugagahi diri
kuingat lagi tiada butir pun yg jatuh dr mata kecil ini..
sampai lebih kurg pukul 9 pagi, seprti biasa kesesakan lalu lintas yg dialami
kesesakan pendaftaran pelajar dah menjd rutin sekitar hari pendaftaran
semuanya ku selesaikn sendiri
ku ingat lg, ayah melahirkn ungkapan mempunyai mesyuarat
maka dgn rasa berat hati aku menyuruh ayahku pulg segera utk hadir mesyuarat itu
perasaan ku waktu itu, Allah shj yg tahu
iya berjurai air mata aku waktu mengangkat bagasi ke bilik
melihat rakan sebilik bersama keluarga lagi lah berjuraian air mataku keluar sehingga aku terpaksa pergi ke tandas spy tidak ada yg melihat aku menangis
telefon bimbit yg berbunyi panggilan dr mak pun tidak aku sambut
aku tak mahu ibuku mendengar aku menangis
aku pun tahu kenapa saat itu murah air mata ku mengalir hingga terasa bengkaknya mata spnjg hari...haish, mana x sebak dahla pertama kali berjauhan dr keluarga tp x ditemani sesiapa..
huhu~ teringat kembali nk gelak pon ade..

menyimpang jauh da ni~~kita smbg balik MDS td~~

sedg sibuk diri menerangkn proses pendaftaran kolej kpd pelajar raflesia,
disapa oleh seorg ibu dr jauh aku berbisik (mcm kenal, hurmm)
langkah ku ambil mendekati si ibu
lalu disapa dgn teguran " Anak Abu ye?"
hehe terus aku tersenyum..
senyum seorg agak lama, krn aku shj yg mengerti di sebalik teguran itu
boleh kata rindu juga..
lantas aku pun menjawab "ye saya, makcik...."

"Makcik Nor ni, anak Kak Siah..."
Oh... hantar anak ke makcik? Nek siah tak ikut sekali?
ramah aku menyapa .. (biasela org kampung.. ;) )
rupa sy mirip ayah ke makcik.. ? hehe.. sempat aku mengusik makcik seorg ni..
setelah berbual maka aku ditinggalkan utk menguruskan kemasukan anaknya


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah lewat ptg aku melalui padang kawat utk melihat bas terakhir menjemput ibu bapa pulang turun ke Fakulti, ditemukan aku dgn Nek Siah..
Nek Siah teman rapat kpd nenekku dahulu
masa kat kampung nek siah selalu dtg ke rumah dan berbual dgn nenek
ada shj brg yg dibawanya untuk dijual kpd nenek dan mak
waktu ku kira usia ku 5 tahun,
skrg dah jrg2 nek siah menyinggah ke rumah , nenek pun dah pulang ke rahmatullah
takdir pertemukan kami di puncak Alam..

"Nek siah, sihat?"
"Sihat, macamnilah.."
"Rajin nek Siah naik sampai Puncak Alam hantar cucu ye..?"
" Itulah, skrg cuti ya"
" Ye nek, tapi ni jadi fasi sementara skjp isi masa lapang"
" Baguslah, tak padan dgn kecik ye"
"Erk, kecik (dlm hati) hehe~ senyum je
"Nek yah, ni dah tinggal bas terakhir ni elok balik dulu, skjp lagi nk tggu bas lama plk"
"yelah" , terus ke bas ...

Sy hanya menghantar dengan pandangan mata ....
Alhamdulilah selesai sudah MDS asasi tahun ini..
moga adik2 yg baru mendaftar x mensia-siakan peluang dan harapn ibu bapa yg bersusah payah membesarkan adik-adik, satu hari nanti adik akan sedar bhw kejayaan adik bukan terletak pada usaha adik semata-mata tapi :

: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

tuntutlah ilmu dik sbg kewajipan seorg islam, bukan atas desakan ibu bapa, bukan sekadar utk mendapt kerja, bukan sekadar utk disanjung, bukan sekadar utk mengubah status, buatlah demi agamamu yakni ISLAM, carilah redha ALLAH, InsyaAllah kejayaan milikmu dunia akhirat (peringatan utk diri sendiri)

Rasullallah pernah bersabda yang artinya:
“Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim dan muslimah”.
Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu,maka allah mudah kan jalanya menuju surga.(HR: tarmidzi).


~Kasih ibu bapa mebawa ke syurga, kasih Allah kekal Abadi~

~Small Heart with Big Soul~

No comments:

Post a Comment