Tuesday, June 14, 2011

~Terusik di Kedinginan Malam~


Assalamualaikum,
Alhamdulillah dikurniakan Allah yg Maha Esa dgn kesihatan yg walafiat hendaknya..
Perkongsian yg mungkin akan meransang saraf-saraf otak di kedinginan malam mungkin..
Jika kehangatan selimut tak mampu melenakan mata mungkin sedikit labuhan di blog in mungkin melegakan saraf minda..

kita mainkan satu cerita :

sejak kecil membesar bersama, bermain permainan yang sama, sekolah yang sama, tidur bersama kadang kala,makan benda yang sama, belajar benda yg sama, mengaji bersama, mengira bersama, sambung pelajaran bersama, tapi seorg drpdnya seorang yang baik agamanya, budi bahasanya, sopan santunnya, tingkah lakunya, serba sempurna menjadi idaman mak mertua seluruh dunia..

dan sebaliknya pada seorg lg, lintang pukang orangnya, kasar bahasanya, x beradab , cancel terus calon menantu.. cuba renungkan, mana silapnya? apa hilang salah satu chromosome 'baik' dalam proses pembesaran, atau mungkin terlebih bahan kimia dlm arus penongkahan teknologi?

Ironik bukan? "iya soalan sama berulang kali ditanya"
namun ada sesiapa yg pernah cuba mencari jawapannya?
kajian dalam makmal? Masalah mental? atau mungkin keturunannya? (jwpn yg paling popular)

jika begitu, kenapa keluarga yg berlatarbelakangkan ustaz, ustazah, baik agamanya, masih punyai anak yg tak berapa nak menjadi? adakah persoalan itu terjawab skrg? esok? lusa?
tiada jawapan yg lebih kreatif dari itu..? cabaran bagi setiap semua pengkaji yg menang hadiah nobel..

Jawapannya ?
Siapa yg mencipta kamu wahai manusia? siapa yg mentakdirkan kamu begini wahai khalifah? siapa yg menentukan qada' dan qadar kamu wahai hamba yg hidup atas belas ihsanNYA?

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "


surah at-Taubat: 51

"dijelaskan bahawa Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad supaya memberitahu kepada orang fakir yang tidak percayakan kepada takdir Allah bahawa sesuatu nasib yang menimpa manusia itu telah ditakdirkan oleh Allah sebelumnya, yang tidak dapat dielakkan lagi. Kerana itu, setiap orang perlu berserah kepada Allah sepenuhnya dan menerima dengan rela di atas takdir yang telah ditentukan.
"



ALLAH...
betapa ingin aku ingin dengar jawapan ini keluar dari mulut insan2 ini ya Allah,
apalah dayaku ini, hanya mampu mendengar luahan hati yg tak berasas
bercakap seolah-olah ilmu penuh didada, berbisik sdgkn menolak yg batil,
menulis dlm diam meyingkap kesalahan diri, meluahkan seolah-olah tidak punyai tuhan,
berdusta dlm setiap ungkapan, mengaku diri punyai ALLAH tp tidak menjalankn perintahNYA
persendakan penutupan aurat, ibarat esok masih punya utk diri bertaubat,

mungkin salah diri ini..
Berdiam, dlm mencari masa
Menangguh dalam mencari ayat
pekakkan telinga dlm mncr pena
tutup mata dalam mencari perkataan..

Keraskan hati ini dlm perjuangkan agamamu
aku tak ingin disoal kelak atas penafian tanggungjawab aku keatas mereka2 ini
bila, gambar2 lama dipotret kembali, tersenyum kelat pd diri sendiri
tertunduk bisu tanpa sepatah kata
bagaikan ingin menitis air mata
diusik oleh rakan2 tak mampu utk mengukir senyuman palsu dibibir
aku diam, memikirkan perkataan yg harus dilontarkn,
namun aku terus membisu, seribu kata..

Namun aku tekad dan bulatkan hati,
ianya tidak akan berlaku lg,
selagi jasad ini masih berdiri,
kaki ini akan melangkah tinggi,
biarlah setapak demi setapak
tanpa aku berlari,
andai jatuh luka nnt aku tidak bisa mencari jejak sendiri..
biarlah tapak-tapak perjalananku mampu untuk aku lihat dan mengambil pengajarannya...

~Small Heart, with Big Soul~

No comments:

Post a Comment